Selasa, 25 September 2012

Fesyen Yuna Salah?


Kalau ikut nafsu berfesyen,  saya kata YA. Yuna ni moden dan mengikut peredaran zaman. Mengikut fesyen semasa.

Tapi dari segi permasalahan aurat, fesyen ini tidak betul. Malah ada yang mengatakan fesyen begini lebih bahaya daripada mereka yang tak berhijab/bertudung. Kerana perkara ini memberikan konsep yang salah tentang menutup aurat bagi wanita.

Yang salah tu perlulah tegur kan? Kalau kita angguk mengiyakan, membenarkan, silap-silap dengan kita sekali dapat sahamnya.

Muzik itu tidak salah. Berhibur tidak salah. Namun batas aurat dan akhlak tetap kena jaga.

Ini cuma satu contoh,cara menutup aurat yang tidak betul.

Cikgu-cikgu di sekolah, terutama sekolah rendah perlu tekankan betul-betul tentang aurat dan pemakaian yang menutup aurat. Tak lupa juga pada ibu ayah di rumah.

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari peringkat awal mereka dapat input yang tak tepat, nak ubah bila dah jadi 'buluh' memanglah susah. Maklumlah buluh dah keras. Lentur tak kuat nanti memantul semula pada kita. Sakit jadinya. Lentur kuat sangat nanti patah riuk pula.




Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...