Jumaat, 21 September 2012

Artikel ' Cut/copy and Paste '



Pernah tak anda layari blog dan membaca berita di blog orang, dan beritanya sama seperti di web akhbar harian?

Atau anda pergi terjumpa satu tajuk yang agak gempak di blog, lalau anda klik kerana tajuknya macam gempak. Tapi sebenarnya artikel blog itu cuma 'copy and paste'.

Ada baik buruknya artikel 'copy and paste' di blog ini.

Namun bagi saya, blog yang buat seperti ini sudah melambak dan terlalu banyak. Serupa jelmaan web akhbar harian, cuma versi blog. Bosan kan kalau begitu?

Bukannya tak boleh nak 'copy' berita dari tempat lain danmuatkan dalam blog sendiri. Cuma kalau setiap post di blg kita begitu, orang akan naik menyampah dan bosan. Kalau boleh, tambah lah ulasan atau beri pendapat dan pandangan peribadi kita berkenaan isu itu.

Tak percaya, anda boleh cuba layari web untuk ping entry seperti blogr.my dan boleh dapat lihat banyak entry blog versi cut and paste.

Sisi positif
Bagi saya 'cut and paste' biarlah berpada-pada.

Namun dari sisi positifnya, kita dapat dibekalkan dengan maklumat dan isu yang hangat diperkatakan. Iyelah, kalau banyak betul blog yang 'copy' berita tu, mesti isu tu tengah hangat kan?

'Copy and paste' artikel yang informatif macam unsur keagamaan juga ada baiknya. Bagus untuk dikongsi dan jadi bacaan untuk semua.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...