Khamis, 30 Ogos 2012

Peluang yang terlepas?

Tiba-tiba terfikir.

Kalau kita tak buat pekerjaan sekarang ni, apa kerja yang kita buat?

Apa alternatif kerjaya yang kiata ada satu masa dulu.

Bagi saya sendiri, kalau tak menjadi guru, mungkin saya telah menceburi 2 bidang kerjaya.

1) Editor Buku
Tahun 2008, saya menolak satu peluang yang agak menarik (mengikut kata orang lain). Bekerja sebagai editor buku agama di syarikat penerbitan PTS.

" Assalamualaikum. Tahniah, nama encik dah disenarai pendek untuk temuduga seterusnya. Sila datang pada tarikh xxxxx untuk temuduga." Kata cik puan yang menelefon.

Tapi tak pergi pun. Siap telefon semula tanya kenapa tak hadir.

Kata Pak Ya (seorang kenalan di PTS) : Laaa..awat hang tak pi. Die kate je peringkat seterusnya. maksudnye dah confirm dapat tu.

Kata cekgu Zaki (kawan juge): Dei Macha! Hang bodo tak pegi tu buat ape? Kat sini gaji kecik je. Aiyoo..

Tak apalah..Bukan rezeki..

2) Eksekutif Bahagian Syariah Takaful

Assalamualaikum. Poji, hang tengah buat ape skarang ni.

Aku kerja cekgu. Cekgu main-main.

Ade offer kerja ni. Kat takaful ni nak guna orang. Aku buat kerja sorang-sorang je ni. Penat. Kalau nak, aku  cadang nama kau.

Tapi akhirnye tak jadi..Sebab? Macam tak berminat.

Kawan yang offer kerja sekarang tu sekarang menjawat Jawatan Head of Syariah CIMB Aviva Takaful. Jemput lawat http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/

Bukan nak menyesal dan tak bersyukur dengan kerja sekarang. Lagipun kalau dilihat kepada tahap kerajinan, tak layak nak jadi editor atau pegawai bahagian syariah.

(padahal kerja cikgu pun kena rajin jugak)

Anda bagaimana? Apa peluang kerjaya yang ditinggalkan untuk memilih kerjaya sekarang?

1 ulasan:

APAN berkata...

mcm menarik je tawaran2 tu semua...sebelum kerje skang ni, aku gi 2 kali inteview kat tmpt lain. juah2 lak tu. last, kat kuantan gak dpt. alhamdulillah...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...