Jumaat, 31 Ogos 2012

Mata Rosak: Saman 1 Juta syarikat Kosmetik

Berjalan ke blog akuanakpahang, bace pasal mata. Tiba-tiba lepas tu terjumpa pulak berita pasal saman ni.

Baca berita penuh di sini. juga di sini



Rasanya anda boleh agak produk dari syarikat mana dengan cuba google :

-Alkaline Therapy Pearl Extract III 

-Therapy Pearl Extract IV

Syarikat itu dengan produknye pernah popular beberapa tahun lepas dengan produk yang dikatakan boleh memperbaiki penglihatan mata yang kabur dan rabun. 

Hebat kan bunyinya?

Saya sendiri pun pernah juga cuba produk begini. Tapi tak guna sangat sebab kejap guna, kejap tidak. Akhirnye tak jadi apa pun.

Kemudian terbaca pula produk seperti itu di blog pengkritik MLM aididmuaddib. Kebetulan pula khabarnya syarikat yang sama cuba promosi skim berasaskan MLM pula selepas produk mata tenggelam dan tak dapat sambutan.

Cuma mujurlah tak jadi macam orang yang saman syarikat tu.

Rasanya kalau nak gunakan ubat-ubatan alternatif, lagi-lagilah melibatkan mata ni, eloklah tanya doktor dan minta pandangan serta nasihat.

Mata jangan dibuat main. Sekali Allah tarik nikmat melihat.........

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...