Isnin, 23 Julai 2012

Sambal Kicap Sedap

Kalau di kawasan yang ramai orang Jawa, sambal kicap memang sudah jadi sinonim.  Contohnya di Selangor dan Johor.

Saya sendiri merupakan peminat sambal kicap.

Bagi yang tak pernah makan, sambal kicap ni  jadi pencecah kepada makanan. Biasanya yang goreng-goreng macam tempe goreng, cucur, keledek goreng, apa-apa lagilah yang difikirkan sesuai. Tak kurang juga sambal kicap jadi penambah perisa pada sup.

Ikut selera dan tembolok masing-masing. 

Bila berhijrah ke KL satu masa dulu, sambal kicap sangat dirindui. Sebab tak semua tempat di KL ada.

Jadi bila sudah duduk rumah sewa, 'gian' punya pasal nak makan, kenalah buat sendiri.

Bahan-bahan? Mudah saja.

Kalau sudah namanya malas sangat, tumbuk cili padi, kemudian campur dengan kicap manis. Tambah gula sikit untuk rasa manis. Selesai.

Tapi cara saya buat sambal kicap lain sikit. Dapat setelah bertandang ke rumah seorang kawan, ibunya yang ajar.

Bahan yang saya gunakan:
Cili padi 20 biji (hantu pedas..tak mahu pedas sangat kurangkan cili padi)
Bawang putih 3 - 4 ulas.
Bawang merah kecil 5 (saya suka rasa manis bawang) boleh juga ganti dengan bawang besar. Tapi janganlah banyak sangat.
*(gabungan cili padi, bawang putih dan bawang bergantung kepada selera masing-masing)
Kicap manis.
Gula pasir.

Cili padi, bawang putih dan bawang saya goreng terlebih dulu. Taklah lama. Dalam seminit dua. Dengan cara goreng, sambal boleh tahan lama sikit kalau tak ada peti sejuk nak simpan. Hati-hati goreng lada. takut lada jadi roket tembak muka (meletup).



Tumbuk bahan yang digoreng tadi sampai lumat. Guna lesung cara tradisional. Ada yang moden lagi, guna 'blender'. 

Tumbuk sampai lumat semua. Barulah sedap sebab semua bahan bergaul sebati. 

 Masukkan dalam bekas, tambah kicap ikut suka. Kalau lada banyak, letaklah banyak kicapnye..

Gaul kicap dengan bahan sampailah sebati. Tambahkan gula pasir untuk tambah rasa manis. Tapi janganlah terlebih pulak. Dah siap untuk dicecah dengan makanan...Kalau boleh tunggulah sebentar atau simpan dulu dalam peti sejuk. Bagi rasa pedasnya betul-betul  tersebar dalam kicap. Kalau simpan dalam peti sejuk, jadi pekat sikit.

Selamat mencuba bagi yang mahu buat..

Err...Anda pernah makan sambal kicap?

6 ulasan:

msredcheesecake berkata...

SEDAPNYA...JRG DPT RESEPI DR BLOG LAKI NI..HHEE

SALAM RAMADHAN

Nur Fauzi berkata...

resepi yang mudah-mudah aje ni.
terima kaseh datang jenguk.

|| a - j . E . E || berkata...

kalau aku buat takde bawang merah atau bawang besar.. tp mmg pakai bwg putih. tp kuantiti bwg putih takleh banyak sangat nanti sambal kicap tu maung sket..

Nur Fauzi berkata...

itulah...kalau gile bawang macam aku ni, memang la kene letak hehe. orang lain buat aku tengok tak letak pun.

Irwani88 berkata...

dh try... sedap. ngeee~ tq resepi!

Tanpa Nama berkata...

Dah buat tpi x goreng bhn tu.mmg sedp suka tq

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...