Sabtu, 23 Jun 2012

Samsung VS Nokia

Zaman ini rasanya sudah zaman Samsung.

Daripada telefon bimbit sampailah ke tablet.


Rasanya yang terbaru adalah Samsung galaxy S III dan Nokia Lumia 900.

Menggila agaknya promosinye. Sampai iklan dua-dua telefon pintar ni banyak keluar kat blog.

Ikut keperluan

Saya tidaklah begitu mengejar telefon pintar berteknologi tinggi ini. Kerana keperluan saya terhadap telefon cukup sekadar boleh menghubungi orang lain melalui panggilan dan SMS. MMS jarang guna. Aplikasi lain yang sering diguna pun cuma fungsi kamera, rakam suara dan pemain mp3.

Internet? Saya lebih suka guna komputer. Atau lebih berminat untuk beli tablet daripada telefon pintar.

Mungkin bagi mereka yang suka, bolehlah guna dan beli. Biasanya bagi mereka yang berkerjaya profesional, sibuk dengan tugasan sana-sini, sesuai untuk guna telefon pintar.

Tapi kalau setakat budak sekolah, tak nampak jelas apa tujuannya, melainkan untuk bersuka-suka dan berhibur.

Apa jenama telefon saya sekarang?
Cuma sony ericson c510. Itupun dapat hadiah dari isteri.

Telefon bimbit kamu?








2 ulasan:

APAN berkata...

tepon kita nak dekat2 dah bro...aku SE c903...

bukan x minat ngan tepon pintar yg ada skang ni...cuma bnyk lagi mende lain yg perlu dibelanjakan...

kalau nak on9 semua, aku lagi suka laptop mcm ko. keperluan telefon bg aku sama mcm ko je...yg sekarang ni pun boleh tampung lg semua tu...

nurfauzi berkata...

akan datang nanti kebanyakannya memang touch screen agaknye.
telefon yang guna keypad ni dah makin berkurang..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...