Sabtu, 23 Jun 2012

Printer canon MP287 dengan CISS. Jimat?

Sebagai seorang cekgu di zaman ini, pencetak@printer sangat diperlukan.

Semua cekgu perlu celik komputer. Sebab kebanyakan kerja sekarang melibatkan aplikasi komputer.

Markah ujian murid pun sudah 'online' sekarang.

Jadi benda-benda yang bertaip ini, perlu dicetak. Kalau guna pencetak biasa, itu yang memeningkan.

Kos cetak @ print yang tinggi. Satu kartrij dah berapa harga? Pengalaman mengunakan printer jenis HP. Satu kartrij hitam HP60 paling murah RM37 (kedai lain harga RM50!). Boleh cetak sekitar 200 muka surat sahaja.

Kena pula isteri pun sama-sama kerja cikgu, banyak nak 'print'. Tak campur lagi 'assignment' sendiri + isteri yang sambung belajar. Sekali print jurnal dah 20 muka.

Akhirnya kami buat keputusan untuk beli printer ini.
 

Canon MP287 + CISS (Continuos Ink Supply System)
 

Alhamdulillah, dapat dibeli dengan harga sekitar RM260 (sedang promsi harga murah). Sekarang ni rasa harga printer jenis ini termasuk CISS sekitar RM280-RM290.

Betul ke jimat guna printer jenis dakwat CISS ni?

Setakat ini dengan penggunaan dakwat hitam yang sedia ada dalam bekas itu, sudah 4 'rim' kertas A4 hais digunakan. Memang jimat dan puas hati.

Kos nak tambah dakwat? Cuma sekitar RM10-RM15 untuk sebotol dakwat hitam. Murah kan? Nak print bahan berwarna pun tak jadi masalah sebab penggunaan CISS ini memang menjimatkan. 

Lagipun dengan fungsi 'scan' pada printer, setakat nak fotostat sijil sekeping dua, ic, tak payah susah-susah nak pergi kedai.

Cuma

Printer ini agak sensitif. Kena cermat sikit jaga sebab dakwat pun di luar. Kalau ada anak kecil yang suka capai-capai barang, kena beringatlah. Ada yang jadi budak hitam mandi dakwat nanti.

Gelembung udara pun jadi satu hal. Dakwat tak jalan masuk ke kartrij. Bila print dakwat tak keluar, macam-macam lah lagi.

Tapi itu semua tak jadi masalah kalau kita tahu serba sedikit berkenaan printer ini. Kalau hantar ke kedai untuk servis, rajin-rajinlah tanya macam mana nak jaga, apa nak buat kalau dakwat turun, tak naik ke kartrij, tanyalah apa-apa. Takkan dimarah oleh orang yang servis.

Apa pun, saya sangat mengesyorkan sesiapa yang banyak guna printer untuk cetak dokumen supaya guna printer CISS ini di rumah. Jenama lain macam brothers dan HP pun boleh juga pasang dakwat CISS ini. Cuma setakat ini printer jenama canon lebih murah.

'Warranty' daripada pihak Canon juga terbatal sebab kita dah buat ubahsuai pada penggunaan dakwat. Sebarang kerosakan memang tak boleh nak 'claim' apa-apa, kita kena tanggung kos sendiri.

Saya tak mengalami sebarang masalah besar setakat ini. Ada sekali bila print tak jelas dan kabur. Dakwat pun bila print tak naik. Jadi bila bawa ke kedai, dia beritahu apa yang nak dibuat.

Lampu LED yang menandakan dakwat habis menyala, itu tiada masalah katanya. Lampu tu menyala sebab kalau ikut penggunaan standard kartrij asal, dakwat dah habis. Cuma kalau kita tahu, boleh cuba 'reset' untuk hentikan lampu LED.
Tapi setakat ini percubaan saya tak berjaya haha. 

Andan guna printer apa di rumah?


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sori... macam mana nak bagi katrij tu jalan.... ink merah saya x kluar

Tanpa Nama berkata...

kalau ink xjalan, tekan butang maintanence 3X, pastu tekan butang colour/black (ikut la warna apa y xjalan).....

Tanpa Nama berkata...

memg jimat pon, satu botol ink (100ml) boleh print min 800pages... kalau 1 botol harga rm15, satu page xsampai 2sen pon....

Nur Fauzi berkata...

ooo begitu rupenye..
ape pun terime kasih datang menjenguk

Tanpa Nama berkata...

sy pun baru bli printer yg sama.. Alhamdulillah, memang terbukti jimat. lagipun kt rumah, memang pakai printer dakwat CISS ni.. sy student uitm shah alam, mmg bnyk nk kena print assignment. sy bli printer ni siap pasang CISS, harga rm230 kt plaza alam sentral shah alam.. dakwat 10rgt 1 botol..

yahaya berkata...

saya juga guna printer canon dengan ciss,kalau dakwat tak keluar atau tak sampai guna butang tool pada printer tekan butang sampai keluar Y (deep cleaning) dan tekan start,katrij akan menyedut dakwat naik,buat sehingga dakwat masuk,

Noor Aina W Azmi berkata...

maaflah, nak tumpang tanya, macam mana cara nak scan dokumen,gamba ke dalam kompoter? print dgn copy dah pernah buat. cuma scan x tahu macam mana lagi.boleh ajar x?sbb sy guna printer mcm ni jugak.=)

Noor Aina W Azmi berkata...

tumpang tanya, mcm mana cara utk scan gambar ke dalam komputer?boleh ajar x?

Tanpa Nama berkata...

Untuk print sikit2 boleh la guna canon. Kalau katrij kong boleh tukar baru. Printer inkjet jenis yang saya guna (tak popular) yang terbaik 100+ rim baru kong.

Nur Fauzi berkata...

kalau dah download perisian printer tu senang saje. tengok kat PC pada software yg dah install tu. cari scan...

Unknown berkata...

Sy nak tanya. Sy punye tiub ink tuu yg cantun ngan ink dlm.. Selalu tersangkut ketika print.. So.. Selalu problem kat situu.. Tiap kali pon tiub dia teselit ketika print.. Terselit di bawak catridge tuu.. Mcm mane nk buat ye.. Dahlaa printer ni beart.. Penatlaa asyik bwk service je..

Unknown berkata...

Sy nak tanya. Sy punye tiub ink tuu yg cantun ngan ink dlm.. Selalu tersangkut ketika print.. So.. Selalu problem kat situu.. Tiap kali pon tiub dia teselit ketika print.. Terselit di bawak catridge tuu.. Mcm mane nk buat ye.. Dahlaa printer ni beart.. Penatlaa asyik bwk service je..

Halimi Harun berkata...

skdr nak kongsi...sbb dah lame gune canon& install sdri ciss..canon & epson model yg sesuai utk gune ciss..

1. bile printer bg warning ink dah nk abis,cm tekan butang reset kat printer slma 5-7saat sampai warning tu hilang...led kat printer akn bkelip2...

2. nak elakkn wayar ink tlekat2 kat katrij,klu boleh gune cara dlm https://www.youtube.com/watch?v=x5XDV2DTgco ni..baru beli shari sy terus tebuk mcm dlm klip tu..

3. utk scan dokumen atau gambar, cume tekan canon solution,ade ikon auto scan..scan pic/doc...save sbgai jpeg..

4. rajinlh srvis sdri kat maintenance (My Printer)...klu ink x jln klik cleaning byk kali spai ink tu jln..

Nur Fauzi berkata...

halimi harun: terima kasih banyak-banyak. info yang sangat membantu. kalau ada tips boleh kongsi lagi, tulis entry pasa printer ni ke..sebab dah ramai sangat yang pakai printer macam ni, tapi hadapi masalah yang sama.

Halimi Harun berkata...

Nur Fauzi: sama2...in sha Allah..mula2 guna dulu pun sy hadapi mslh yg sama sbb xde ilmu..hehehe...klu nak cuci bawah katrij gunakn tisu lembab..pastu baru guna tisu kering...pasti tiada ink mlimpah...bg pengguna prempuan kena rajin buka bhgian dlm (bwh scaner) sbb rambut biada masuk ikut bwh & mganggu kbersihan katrij..ink utk refill ni nk murah bli kat jusco..dlm rm9 je sbotol..

Nur Fauzi berkata...

refil tu tak ada masalah. cuma masalah dakwat selalu turun, lepas tu bila print, macam bergaris-garis macam tak cukup dakwat. suspect print head nak kena cuci, tapi tak berani buat haha

Halimi Harun berkata...

cube tgok hos yg sambung ke katrij..mgkin xkemas..pastu jgn takut utk cuci print head...pastu klik cleaning/deep cleaning..lpas tu klik print head cleaning & nozzle check..tabung ciss tu letak sama aras tapak printer &jgn isi penuh sgt ink sbb bleh mnyebabkan leaking kat katrij..

Nur Fauzi berkata...

mohon tuan buat satu artikel pasal printer canon ciss ni, kalau boleh dengan video hehe.

tak banyak artikel yang jelaskan dalam bahasa melayu.

Noor Aina W Azmi berkata...

TERIMA KASIH =)

1. bile printer bg warning ink dah nk abis,cm tekan butang reset kat printer slma 5-7saat sampai warning tu hilang...led kat printer akn bkelip2...

SELEPAS ITU..APA YG PATUT SAYA BUAT? LAMPU KAT BLACK DAN COLOUR INK dah menyala. xpe ke kalau saya biarkan mcm tu? atau saya perlu bawa ke kedai servis printer??. TQ.

Halimi Harun berkata...

nanti bl bkelapangan mgkin akn wat artikal ttg ciss tu..tp x janji bile..hehehe..

biarkan je led tu bkelip2 asalkn xde simbol "E" kat skrin printer...

Noor Aina W Azmi berkata...

ok,tq. harap sangat akan ada lagi artikel pasal CISS ni. terima kasih banyak2 pasal info yg berguna=)

Tanpa Nama berkata...

salam..tumpang tanya..sya bru je beli printer ni..nak tggu brapa lama ye tekan butang maintainance smpai hruf Y..sbb dia asyik display e, 0,4..huhu..

Nur Fauzi berkata...

e04 tu ade error maksudnye. cuba cari kat internet ape masalahnye e04 tu huhu.

dah selesai tu baru boleh buat maintenance.

Jari Kiri berkata...

cb betulkn ink...pastu restart printer..pastikn ade sambungan ke laptop/pc..biasanya akan kluar di skrin ttg mslh bkaitan..

nanie berkata...

Salam. Printer saya cetak hijau je... hitam jadi hijau, merah jadi hijau...
Nampak ink cantik je masuk dalam tu...
macam macam dah buat. cleaning dah beratus kali..

mau5 berkata...

nanie, mungkin ade 2 sebab kenapa ink semua jadi warna hijau. pertama yang pling mudah, katrij anda rosak. ke2, pressure dalam katrij untuk tarik warna tidak sama atau 'nozzle clogged'. perlu di ingatkan, apabila kerap melakukan 'deep cleaning'. boleh menyebabkan katrij anda cepat rosak. please run cleaning first. jika terdapat masalah lg. barulah anda melakukan deep cleaning.
bagi nanie, saya berpendapat katrij anda rosak, lebih baik beli katrij baru sebelum ia defect ke printer.

Tanpa Nama berkata...

saya baru sahaja pasang ciss ini..setakat ini tiada masalah..cuma apa yang saya ragu-raguka, perlukah kita klipkan tiub dia untuk elak overflow ink? tokei kedai cakap perlu kilipkan, cuma masalah sekarang ini saya macam was2 nak kilpkan sebab takut tiub itu rosak..macam mana ya? encik punya ciss pernah tak diklipkan tiubnya?

Tanpa Nama berkata...

sy sdh 2 tahun gna printer mcm ni dan sdh 3x service.service terakhir 3 bln lepas..bru2 ni ble print kertas sdkit comot..ble sy bt clean maintainan jd makin teruk.di kertas kluar garis2 hitam yang banyak..boleh kongsi solusi?

mau5 berkata...

lama juga dah 2tahun guna.. sy berpendapat 'CARRIAGE' dan 'PURGE UNIT' kotor, maksudnye dlam printer banyak habuk kertas dan taik ink yg kering dan melekat.. so kene pergi tmpat servis sruh die cuci dalam. tak semua tmpt sediakan perkhidmatan servis cuci dalam ni. biasanya die akan soh beli baru. terpulang..
CARRIAGE - pemegang katrij dalam printer / carrier
PURGE UNIT - Unit pembersih yg digunakan semasa proses cleaning dan deep cleaning.

mau5 berkata...

EPSON ni saya jarang servis, kalau Canon saya boleh bagi solution. Tapi pada saya semua CISS tank mempunyai konsep yang sama iaitu menyalurkan ink ke katrij berterusan semasa mencetak. Cuma cara pemasangan CISS bagi setiap printer berlainan mengikut siri seperti Canon iP,MP,MX,MG,IX SERIES dan banyak lagi. Bagi maximus saya berpendapat, jika anda jarang menggunakan printer, adalah lebih baik anda beli printer yg tidak menggunakan CISS, apabila terlalu lama printer tidak mencetak boleh menyebabkan,
1. printhead/cartridge nozzle tersumbat dan kering.
2. ink akan berundur perlahan-lahan dan udara akan masuk melalui nozzle, boleh menyebabkan nozzle rosak atau pecah kerana tiada ink sebagai perantara.
3. tekanan pada setiap warna tidak seimbang.
printer yg dipasang CISS biasanya untuk mereka yang mencetak dokumen harian spt sekolah dan pejabat. Kalau dirumah biasanya untuk projek folio sekolah anak2 atau kerja mencetak dari pejabat dibawa balik ke rumah yang sudah pasti menggunakan ink yg banyak.

KEDAI BUNDLE TERPILIH MURAH GILERR.....! berkata...

Assalamualaikum.... admin... printer saya saya ni takde msalah ink hitam...... tapi ink warnanya.... bil prink jadi mcm takde ink.... iaitu pink... tp ink masih byk.... adakah saya kena tukar catrij warna baru? Kedua.. adakah ink dlm catrij juga diperlukan walaupun guna external catrij....

yang berkata...

Kedai mane yerr awk beli ni?

Unknown berkata...

Ok nak tanya, cartridge utk canon MP258 tu kena black and color atau boleh letak both black?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...