Minta buangkan kaitan dengan poitik kepartian. Fokus pada masalah.
Boleh cuba baca berita di sini dan sini.
Senang kata, penyelesaian permit teksi diminta, tapi lain yang dapat.
Minta penyelesaian pada permit teksi. Tapi dapat baucer tukar tayar RM500..
Syarikat dapat permit teksi.
Syarikat sewakan pada pemandu RM50 sehari. Maksudnya RM1500 sebulan bagi sepenuh masa bawa teksi.
Syarikat bayar pada bank sekitar 700 hingga 800 sebulan. Katakanlah 800. Ada baki 700 syarikat. Kos pentadbiran, dokumen, dan lain-lain untuk sebuah teksi? Takkan sampai 600 sebulan?
Jadi untuk sebuah teksi, dah dapat untung banyak. Kalau syarikat dapat permit 50 teksi?
700 x 50 = 35 000. Itu untung kasar atas angin.
Tak perlu pening-pening nak berpeluh-peluh bawa teksi pagi sampai malam.
Maksudnya pemandu teksi setiap hari, kalau hari itu cuma dapat RM50, cuma lepas sewa teksi sahaja. Pendapatan RM3000 sebulan, tolak sewa teksi RM1500. Separuh melayang bayar pada syarikat yang beri permit.
Bukan hari-hari dapat pelanggan ramai. Tak masuk lagi kos NGV, kos selenggara teksi. Memang NGV murah, tapi beratur panjang nak isi. Dah banyak masa terluang hanya nak tunggi isi gas.
Habis berapa sangat yang tinggal untuk pemandu teksi nak sara keluarga? Lagi-lagi yang duduk ni bandar-bandar besar macam KL.
Melampau kan?
Itu persepsi masing-masing. Ada yang kata bagus. Ada kata tidak.
Tapi ikut logiknya, bukankah lebih elok permit diberi terus pada individu. Individu bayar terus ansuran teksi pada bank. Baru RM800. Tak seperti sekarang RM 1500. Beza RM 700 sangat banyak. Macam-macam boleh buat. Sekurang-kurangnya pemandu teksi dapat lebih sikit pendapatan, sebab tak perlu bayar sewa mahal pada syarikat.
4 ulasan:
nilah yang aku jumpa kat bukit jalil semalam.sume ni mainan kroni je.rugi2.apa la ngan 1 malaysia tu.hmmm
pernah terbaca kat blog kartunis ujang. Dia bual-bual dengan pemandu teksi. Pemandu teksi tu kata sebulan boleh dapat 3 ribu lebih, tapi bila tolak sewa teksi, tinggallah sikit. Anak tengah belajar 5 orang. Duduk kat KL.
Kesian haa orang macam tu kena tekan. Perit nak sara keluarga. Anak-anak belajar bukan sikit belanja.
bab teksi ni aku x bape amek tau sngt...tp ada la tengok kat berita seepintas lalu. mmg dngrnya tinggi bayaran pemandu kpd syarikat...itu yg kdg2 ada yg guna cara tamak utk tingkatkan pendapatan...
pengguna gak jd mangsa...ni pun lama dah x naik teksi...tah berapa la tmbgnya skang...
Di kota kinabalu Sabah pun sama kita tak dapat permit orang yang dah memiliki permit pula yg dapat Dan Ada pula yang menyewakan permit mereka kepada syarikat taxi
Catat Ulasan