Ramai yang tidak sedar, kerajaan Kelantan menawarkan skim takaful Kifalah untuk rakyatnya.
Dalam bahasa yang lebih mudah, ianya merupakan khairat kematian.
Boleh cuba tengok maklumat di sini.
Bayaran cuma RM30 setahun.
Sekiranya berlaku kematian, waris akan medapat RM3000.
Ada juga disediakan badal haji bagi mereka yang meninggal tapi masih belum mengerjakan haji.
Pelaksanaan skim seperti ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri membantu rakyat negeri itu.
Belanja dan sumbangan dari dana kerajaan negeri diperlukan dalam jumlah yang besar juga.
Harapnya skim seperti ini dapat dicontohi oleh negeri-negeri yang lain.
p/s: bukan nak kipas kerajaan Kelantan. Cuma dalam media asyik cuba korek keburukan negeri itu, tak sangka skim yang bermanfaat ini dilaksanakan, berbanding dengan negeri lain yang pendapatannya jauh lebih banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan