" ustaz, apa hukum masuk MLM xxx? "
" macam mana pulak dengan MLM Hui Yo, patuh syariah tak ustaz? "
" MLM Sekor EE dah harus kan? dah ada panel syariah? "
" zhulian haram? "
" DCL haram tak?"
"K link pun haram ?"
" Dr Rozmey macam mana?"
Itu antara persoalan yang bermain difikiran kebanyakan orang yang bertanya ytentang hukum bagi syarikat MLM.
Itu juga antara beberapa soalan yang datang singgah bertanya.
Kalau mahu diulas setiap syarikat MLM di Malaysia ini, alamatnya tidak habis soalan yang datang.
Saya tidaklah bersikap terlalu keras menjatuhkan mandatori Haram MLM. Tapi saya secara asasnya tidak bersetuju dengan sistem itu.
Ikutkan pendapat peribadi, saya cadangkan saja MLM tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana banyak membawa kemudaratan .( hahaha..macamlah kita ni menteri nak buat begitu)
Cuma kalau anda mahu MLM yang harus hukumnya (terpakai di Malaysia), mari kita lihat hukum berkenaan MLM di Malaysia.
Majls Fatwa telah memutuskan urusniaga ini harus. Disusuli pula dengan garispanduan MLM Syariah JAKIM. Ianya terpakai untuk semua syarikat MLM di Malaysia ini yang mahukan MLM itu patuh syariah.
Jadi mari kita ubah, daripada mengharap jawapan suapan, kita teliti dan baca garispanduan JAKIM itu.
Secara ringkasnya saya simpulkan, kalau mahukan MLM itu berstatus harus, perlu:
1. Syarikat itu lantik panel syariah yang berkelayakan dalam bidang muamalat untuk menilai pelan pemasaran, perjalanan syarikat dan juga produk.Mereka bertanggungjawab menilai dengan jujur, tidak bias, dan menyatakan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariah secara jelas.
2. Jika sudah disemak, hasil semakan itu perlu disebarkan. Mohon pengesahan halal dari JAKIM sendiri memandangkan JAKIM yang mengeluarkan garis panduan itu.
Tapi apa yang terjadi adalah, syarikat MLM seolah-olah memandang sepi garis panduan itu. Boleh dibilang dengan jari syarikat MLM yang ada panel syariah. Itupun, masih ada beberapa isu yang boleh diperbaiki dan diberi perhatian. Selebihnya?
Manipulasi pelan
Saya banyak memfokuskan permasalahan MLM dari segi manipulasi pelan. Termasuk sama dalam masalah ini adalah penipuan, head hunting untuk menaikkan pendapatan dalam masa singkat. Perkara ini melibatkan beberapa percanggahan dengan garispanduan MLM JAKIM seperti dari segi penipuan produk, pelan, pembelian pangkat, status keperluan terhadap produk dan banyak lagi.
Dalam penilaian syariah yang dibuat terhadap Score A, Panel secara jelas menyebut ruang manipulasi boleh wujud, walaupun pelan pemasaran telah disahkan patuh syariah. Malangnya manipulasi ini yang seringkali terjadi apabila melibatkan MLM.
Manipulasi ini juga bagi saya sukar dikawal kerana melibatkan beberapa isu:
1. Mudah untuk dinafikan oleh agen, perlukan bukti.
2. Syarikat bersubahat kerana manipulasi menaikkan jualan syarikat dengan banyak.
3. Sukar dikesan dan apa langkah atau tindakan jika pelaku manipulasi dikesan. Mahu buang? Sedangkan perbuatannya menguntungkan syarikat.
Banyak lagi permasalahan yang timbul.
Jadi bagi saya sendiri, saya menolak MLM kerana isu manipulasi ini sukar untuk diselesaikan.
Jadi kalau nak tahu status MLM itu, lihat ada penasihat syariah atau tidak, dan bandingkan elannya dengan panduan daripada JAKIM.
Memang susah pada mulanya, tapi insyaAllah sedikit sebanyak bila kita membaca, ertambah juga sedikit ilmu.
Pendapat saya?
Jauhkan diri anda daripada MLM. Kalau nak berniaga cari peluang lain. InsyaAllah kalau bersungguh akan berjaya juga.
p/s: saya cuma seorang cikgu sekolah rendah yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang muamalat. Apa yang dinyatakan adalah pendapat peribadi, bukan FATWA yang wajib diikuti. Sila rujuk kepada mereka ang lebih Otai dalam bidang fiqh dan muamalat.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Khamis, 3 Mei 2012
MLM yang halal? Haram?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
ilmu yg sikit pun bagus kalau baik, elok utk dikongsi...teruskan perjuangan membanteras MLM ni bro :)
Ramai lagi yang tak tahu hukum berkaitan dengan MLM yang JAKIM keluarkan.
kebanyakan yang berhujjah kononnya MLM mereka 'islamic', banyak sembang kosong saje.
Catat Ulasan