Isnin, 21 Mei 2012

Scam - mesin mat kiosk

Sila baca berita di sini.(sila klik)

Banyak sebenarnya scam seperti ini. Tak tahu sama ada masih wujud atau tidak hari ini. Biasanya benda ini turut dikaitkan dengan mesin air sekali.

Pengalaman sendiri


Saya mempunyai pengalaman sendiri menghadapi scam seperti ini. Bukan terkena, tapi pergi mengikuti program yang dianjurkan. Kalau tak silap, sekitar tahun 2008.

Asalnya saya cuma mengikut seorang kawan yang menerima panggilan telefon untuk datang temujanji di Kuala Lumpur. Kawan saya ini mempunyai syarikat motivasi sendiri di Melaka. Dia sendiri tidak tahu dari mana syarikat itu boleh dapat nombor telefon dan namanya. Kalau tak silap, syarikat itu guna nama waterdrops.

Jadi kami berdua pergi untuk mendengar taklimat. Kami disambut oleh seorang wanita melayu (pakai bukan main seksi). Kelihatan di sana orang lain yang turut dijemput sama. Seorang staff / pekerja (promoter?) akan melayan seorang prospek tau dua orang dan duduk berbincang di meja khas yang disediakan. Ramai juga staff syarikat ini yang bertugas beri penjelasan.

Awal perbincangan, kami ditanya tentang pendapatan bulanan dan status kewangan ( cara biasa nak pancing). Kemudian kami diperkenalkan dengan.......mesin beli prepaid layan diri.

Memang mulut manis promoter seksi itu gebang tentang potensi mesin kiosk itu. Kami ditunjukkan dengan unjuran kemungkinan pendapatan yang akan diperolehi. Beribu-ribu sebulan yeop! Selesai sesi penerangan, datang seorang lai staff (promoter jugak) yang lebih senior. Beri kata perangsang bahawa perniagaan ini berbaloi dan mudah.

Kami banyak sengeh dan dengar saje. Sambil pura-pura berminat.

Bila sampai bahagian harga...Berapa harga untuk kita miliki sebuah mesin kiosk layan diri ini? Harganya lebih kurang RM 40 ribu. Ya, RM 40 ribu untuk sebuah kotak besi yang menjual prepaid. Kemudahan pinjaman peribadi disediakan (rasanya tempoh bayar 10 tahun) dan 'confirm' lulus.

Kami juga turut dibawa untuk melihat mesin itu di satu bahagian lain.

Selepas itu adalah sesi 'closing'. Promoter seksi itu nampak berusaha sedaya upaya mahu rakan saya membuat keputusan ketika itu juga dan menandatangani dokumen serta borang pinjaman.

Mujur kami ini banyak juga helah. Kami minta masa untuk fikirkan. Dengan alasan modal 40 ribu bukan sedikit, dan mahu membuat penilaian projek.

Alhamdulillah kami tak terpedaya.

lebih kurang begini mesinnye


" Gile ape kotak besi macam tu 40 ribu. Mahal nak mampus. Dapat jual tah berapa sen je nanti"
Lebih kurang itulah dialog kawan saya.

Sebelum balik, sempat juga tanya promoter seksi itu.

" Cik, surau kat tingkat berape ye sini? Saya belum solat Zohor lagi ni. "

Jawapan:
" err.. surau ye..Saya pun tak pasti kat mana. Encik cuba tengok kat ground floor"


Bukan niat nak menggatal masa tu. memang kebetulan belum solat Zohor..hehe

p/s: syarikat itu sudah didakwa dan cuma disenda rm42 ribu..sangat sedikit berbanding duit yang mereka sudah kaut. baca sini.

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

tak pernah dengar dan rasa tak kan terpedaya....

Faisal berkata...

Saya pun pernah terkena dgn scam yg macam tuan nie kat taman molek johor bahru... ade org call saya minta dtg suami isteri... tapi tggu wife saya balik dari sekolah lambat sangat... saya pun dtg sorg jer.. pastu saya disambut oleh seorg perempuan melayu yang seksi giler... lagaknya mcm baju org baru balik clubbing skirt singkat giler.. pastu duk pujuk dan mcm2 supaya beli mesin vending air utk letak kat kilang2 yg mempunyai lebih 1000 pekerja... harga nesin 25k... loan koperasi diorg sediakan... mcm2 cara awek tu goda utk bagi saya setuju tp saya bgtau investment mcm nie xboleh decide dalam maaa 1jam, perlukan masa utk buat analisis... bila xberjaya dia panggil promoter lelaki india yg lebih senior... yg begitu agresif... mula cakap baik2... tapi bila nampak saya xnak... dia dah mula keraskan nada dan tanya mengapa bende bagus sebegini saya tak nak... setiap 3 hari dtg collect duit jer... last2 saya warning dia... jgn igt dia boleh paksa sesiapa join bisnes dia... saya mula bengang dan bamboo dia and geng2 promoter dia yg ramai tu... saya sound kuat2 sampai semua org lain yg tgh dipujuk pun dengar suara saya... kemudian saya blah hehe... puas hati jugak ar dpt luahkan rasa hati... rasenyer ramai yg tgh sign up tu cancel bila dgr saya sound...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...