Rasanya saham amanah yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu adalah ASB yang dikeluarkan oleh PNB.
Lagi-lagi kalau pergi kawasan kampung, ASB memang dikenali dan jadi sebutan.
Lihat saja di kebanyakan cawangan Maybank. Ada meja dan ejen yang mempromosikan pinjaman/pembiayaan untuk malabur dalam ASB.
Nak memulakan akaun ASB mudah kerana amaun permulaannya yang rendah. Tidak seperti saham amanah yang dikendalikan syarikat lain yang memerlukan sekurang-kurangnya RM 1000 untuk permulaan.
Pemberian dividennya juga masih stabil, sekitar 8% setahun. Boleh buat carian sendiri tentang prestasi pemberian dividen oleh ASB.
Pinjaman untuk ASB.
Ada soalan yang singgah ditelinga minggu lalu. " Boleh ke kita buat pinjaman untuk beli ASB?" tanya si Fulan.
Isu ini sebenarnya sudah lama, dan sudah dijawab oleh ramai orang. antaranya boleh cuba korek jawapan di zaharuddin.net.
Berkenaan isu hukum ASB, sila rujuk sini. Pendek kata ianya bergantung pada keyakinan kita. Fatwa mana yang lebih kita yakin.
Berbalik pada soal pinjaman, sekiranya pinjaman dibuat melalui bank konvensional hukumnya haram. Kerana kita akan terlibat dengan riba. Jelas?
Jika pembiayaan dibuat dengan perbankan Islam, ia tidak menjadi masalah.
Walaubagaimanapun,setakat maklumat yang saya perolehi daripa rakan-rakan yang bekerja di sektor perbankan Islam, kebanyakan bank Islam tidak akan menawarkan pembiayaan untuk pelanggan membeli saham ASB kerana mereka lebih berpegang kepada hukum ASB tidak tersenarai sebagai sekuriti patuh Syariah.
Hanya Maybank Islamic yang menawarkan pembiayaan. Mungkin kerana penasihat Syariahnya adalah Mufti Perak, yang berpegang kepada pendapat ASB adalah harus.
Nasihat daripada perancang kewangan Islam.
Melalui bacaan buku perancangan kewangan, tulisan berkenaan perancangan kewangan Islam, kebanyakannya tidak menggalakkan pinjaman dibuat untuk pelaburan.
Adalah lebih aik kita melabur menggunakan tunai yang kita ada. Biarlah permulaannya sedikit, asalkan kita konsisten mebuat penambahan sedikit demi sedikit.
Berhutang dalam Islam adalah dibenarkan. Tetapi hanya untuk perkara yang perlu sahaja.
Kalau anda tanya saya, memang saya tidak galakkan kerana kita menanggung risiko. Risiko pelaburan rugi, dalam masa yang sama kita terikat pula dengan hutang.
Melabur dengan cara tidak berhutang lebih menenangkan hati.
Kuncinya cuma disiplin diri.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 9 Mei 2012
Pinjaman beli saham ASB?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan