Sabtu, 19 Mei 2012

Pimpinan Umno mengamuk? -kes rasuah-



Minta jangan fokuskan kepada politik kepartian.

Apa yang saya nak ulas adalah ketirisan dan RASUAH yang sering terjadi dalam jabatan kerajaan.

Berkenaan rasuah yang memang berleluasa. Seperti satu rahsia yang sudah diketahui umum.

Saya sendiri ada kawan yang bekerja di Sirim. Memang dia cerita, kalau dia nak ambik rasuah dah lama dia jadi kaya. Orang datang sogok duit. Dan memang ada kakitangan yang mabik rasuah, sebab gelap mata dengan duit. Duit bagi, produk semua lulus, lepas masuk pasaran. Itu baru di SIRIM.

Belum dengar lagi kalau di Kastam, di jabatan-jabatan lain. Belum masuk lagi kes Audit yang dapat kesan barang dibeli 'over price' beratus kali ganda SETIAP TAHUN.

Kalau tengok berita akhbar semasa, pihak SPRM pun tak boleh nak buat apa, sebab bila kes yang disiasat diserahkan pada peguam negara, tiada pertuduhan yang dibuat...

Boleh cuba cari indeks rasuah di Malaysia. Kita ditangga ke berapa?

Bagi mereka yang menjadi penjawat awam, harap dapat menjalankan tugas dengan amanah.

Sesungguhnya rasuah itu haram di sisi Islam.

(* nak tinggal komen boleh, biar berpada )

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...