Rabu, 9 Mei 2012

Helah FGVH pada peneroka?

Saya mendapat gambar ini dari Facebook. 

Setakat mana kesahihannya, tak dapat dipastikan. Mungkin warga FELDA boleh ulas.
Boleh rujuk SINI.


Ini juga.



Apa yang diberitahu oleh rakan saya, peneroka membeli saham sebelum ia disenaraikan di papan saham. Bukan murah.

Kebanyakan peneroka tidak mempunyai nilai tunai yang cukup, jadi disediakan pembiayaan (pinjaman bank). Maksudnya untuk membeli saham, peneroka perlu BERHUTANG lagi.

Masalah juga terjadi apabila dokumen pembiayaan ditandatangani oleh peserta, dengan jumlah pembiayaan dan peratus keuntungan bank atas pembiayaan tidak dinyatakan (seperti dalam gambar kedua).

Walaupun tawaran ini dibuat melalui perbankan Islam, masih wujud masalah.

Kerana peserta bersetuju, tanpa mengetahui berapa jumlah yang dipinjam, berapa tempoh pembiayaan, berpa pula kos pentadbiran yang dikenakan.

Ini bertentangan dengan amalan perbankan Isla. Sebelum dokumen ditandatangani, semua jumlah perlu JELAS ditulis dan juga dipersetujui dengan menurunkan tandatangan.

Dalam hal seperti ini, menurut muamalat Islam, kontrak atau akad ini boleh terbatal.

Dokumen yang telah ditandatangani dengan nilai pembiayaan tidak ditulis itu boleh saja dimanipulasi dengan harga diletakkan sesuka hati kemudian.

Rasanya apa yang terjadi, kebanyakan peneroka tidak arif dan tahu menahu tentang hal semua ini. Mereka mungkin diberi kenyataan "sain saja, yang lain kami uruskan". Iyelah, ramai yang dah tua, nak baca panjang-panjang pun malas...

Saya teringat cerita ibu saya dan orang lama-lama di Johor dulu tentang Amanah Saham Johor. Sebelum dilancarkan, beriya kata untung, berpotensi, beriya-iya kerajaan negeri mempertahankan. Hakikatnya selepas itu, rugi teruk.
Belum dengar lagi macam mana banyak tanah rizab Melayu terlepas ke tangan bukan Melayu semasa zaman TPM sekarang ini menjadi Menteri Besar Johor.

Ditakuti perkara yang sama berlaku kepada FGVH..Iyalah, kemungkinan untung itu memang ada, tapi jangan lupa kalau rugi.

Memandangkan peneroka sudah tandatangan membeli saham FGVH, maka impaknya ada juga pada peneroka.

4 ulasan:

JMR berkata...

biasalah, dunia penuh dgn helah..

Nur Fauzi berkata...

terima kasih datang melawat.
tak salah nak bagi peneroka beli saham.
tapi perlu jelaskan betul2.
ini macam kes tipu...

APAN berkata...

aku anak peneroka...amek tau gak isu ni sikit2...sebab aku baru join KPF. sebelum nak tukar yg baru ni, peneroka dan anak peneroka banyak melabur dlm KPF ni la...bagi aku, FELDA kaya. tp ada orang cuba mengambil kesempatan drpd kekayaan FELDA tuh...

kejam sngt kalau betul borang yg atas sekalu tu digunakan...peneroka bukan amek tau sngt pasal ni...pyh2...

Nur Fauzi berkata...

kebanyakan peneroka tak berpendidikan tinggi, jadi mana nak layan sangat kalau diberi dokumen suruh tandatangan macam tu. Letih nak baca dan fahamkan.

Maklumat mereka banyak bergantung kepada apa yang pihak pengurusan FELDA beritahu.

Tapi ape yang jadi, KPF sendiri pun dipinggirkan dalam proses nak senaraikan FGVH. Padahal ramai peneroka takpuas hati dan tak bersetuju.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...