Isnin, 30 April 2012

Niche blog?

Setelah diteliti statistik di blogger dan juga nuffnang, nampaknya satu 'niche' telah lekat di blog ini.

Nampak niche itu adalah hal berkenaan MLM (multilevel marketing. bukan maharaja lawak mega ye.)


Tak tahu mengapa, ada saja carian yang bersangkutan MLM singgah masuk.

Mungkin tempias daripada fenomena Aididmuaddib.

Paling banyak berkenaan dengan score A, Hai O dan Qnet@questnet.

Artikel berkenaan MLM ini pun tidaklah panjang lebar.

Saya cuma lebih fokuskan MLM ini dari sudut syariah dan juga garispanduan MLM Syariah Jakim.

Mengapa?

Sebab rasanya itu saja hal yang saya benar-benar yakin boleh ulas, dan ada sangkut paut dengan bidang pengajian semasa belajar di kampus dahulu.

Tambahan, saya rasa perlunya bagi umat Islam meletakkan faktor HALAL itu sebagai faktor utama dalam mencari rezeki.

Bukannya banyak mana yang boleh kita kaut untuk pendapatan kita, tapi bagaimana cara kita memperolehi pendapatan.

Itu isu utama yang hendak ditekankan. Banyak atau sedikit itu hal yang kedua, atau ketiga. Yang utama, proses mendapatkannya. 

Tak tahulah berapa lama blog ini boleh bertahan dengan niche MLM.

Niche blog anda pula?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...