Isnin, 30 April 2012

" Aku tak campur hal politik? "

Heboh minggu ni hal politik.

Isu bersih jadi bualan dan isu hangat media.

Ada yang mengatakan tak mahu campur hal politik.

Ada juga yang tak mahu ambil tahu langsung hal politik tanah air.

Tidak kurang juga yang mengatakan politik kotor dan penuh cela, tidak kira siapa yang masuk jadi ahli politik.

" Jangan campur soal politik dengan perkara lain! " Bentak si fulan...ada benarnya, tapi tak setiap masa..

Ada juga terdengar " jangan campur urusan politik dengan agama!"



Hakikatnya...


Senario hidup yang kita jalani hari ini hasil daripada politik.

Kepada orang yang mahu membuang politik dari hidup, itu tidak menasabah. Kita terikat dengannya.

Tidak suka politik, tidak bermaksud perlu membenci dan membuangnya.

Kerana politik itu sebahagian besarnya mempengaruhi hidup kita di negara ini.

Dasar keselamatan, pendidikan dan bermacam-macam lagi. Itu semua ditentukan oleh kuasa politik yang menguasai kerajaan.

Mereka yang boleh mengundi, tapi tidak mahu mengundi (alasan malas terlibat politik) tidak layak mahu bising-bising sekiranya ada perkara yang tidak puas hati dengan pemerintah. Redha dan terima saja, kerana tak mahu terlibat langsung.

Tidak berdosa berpolitik. Tidak bersalah menjadi ahli politik. Tidak salah juga mengambil tahu berkenaan hal politik.

Sebab dasar negara ditentukan oleh pemegang kuasa politik.

Rasulullah


Hakikatnya Rasulullah adalah seorang ahli politik dan pemimpin yang hebat.

Rasulullah juga berpolitik.

Jadi politik itu tidaklah kotor sebagaimana yang disangka. Cuma dilihat kotor kerana dipenuhi oleh mereka yang "kotor". Rasuah, salah guna kuasa, tamak....

Islam itu hakikatnya indah. Sangat indah. Cuma tidak kelihatan begitu dek kerana penganutnya yang tidak mengamalkan nilai-nilai Islam.

Jadi mahu berpolitik? Kita ambil dan contohi sunnah Rasulullah dan para sahabat.

Barulah politik kita jadi BERSIH.

Saya dengan pendapat saya, anada dengan pendapat anda.

Apa yang penting, biarlah pendapat dan pandangan kita berdasarkan fakta, bukan rekaan dan melepaskan emosi semata-mata.



2 ulasan:

APAN berkata...

sekurang-kurangnya ko ada pendirian...tahu apa yg ko sokong dan buat. kira bagus la tuh. kalau membabi buta mengata sana sini tapi x tau perkara sebenar, itu yg jadi masalah...bagus bro :)

Nur Fauzi berkata...

pendirian sokong siapa, itu hak masing-masing.
rasional fikiran kia tak sama dengan orang lain.
cuma biarlah berlandaskan fakta yang boleh dinilai, bukan emosi melulu.

ramai yang hari ini lebih depankan emosi.
hujah emosi semata tanpa fajta, bawak pergi pidato, debat, masuk mahkamah, memang tak layan..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...