Selasa, 14 Februari 2012

Permainan budak-budak

Bila tengok gelagat budak sekolah, teringat sangat zaman sekolah dahulu. Walaupun duduk dekat dengan bandar, permainan tak banyak. Zaman teknologi sekarang, lebih ramai budak di bandar berkepit dengan PSP, PS2, ipad, smartphone, komputer, laptop, macam macam lagi..

Kalau baca buku Kampung Boy lukisan LAT, memang jauh beza betul dahulu dan sekarang. Tapi zaman saya kecik, dah agak moden (tahun 80 an) berbanding zaman LAT.

Saya pernah main permainan di bawah:



 Ini pun pernah juga main dengan kawan-kawan dulu. Sampai pening-pening fikir. Gaduh pasal permainan begini pun pernah. Tapi seronok sebab berkumpulan. Kalau dalam kumpulan tu, jawapan kita betul, dan lain dari orang lain, markah kita tinggi.

Biasa main dalam kumpulan, mencolot kalau kena tembak. Tapi leceh sikit nak buat sebab kena cari buluh dulu.

Dah takde ape sangat, congkak pun dilayankan dulu. Kalau lawan nenek tak pernah nak menang. Kalah memanjang.

Main baling selipar...sangat azab sebab selalu kalah dan kena buli dengan abang-abang. Tapi menguji stamina dan daya fikir (strategi). Sebab tu masa kecik dulu kurus....

Tutup botol pun boleh layan. Main ceper kadang bermusim. Macam-macam gaya ada. Tak kurang juga yang menipu..

main teng teng / ting ting / ketinting atau apa-apa sajalah namanya...Lukis pakai kayu atas tanah. Macam macam gaya melompat ada. Tak kurang juga yang terpeleot kaki dan tergolek. 

Zaman saya dah ada gasing jual di kedai. Tak ramai yang buat. Dan tak ramai juga yang pandai main. Kalau di kampung ramai lagi budak-budak yang pandai main.

Biasa kalau main macam ni, memang ada yang tak puas hati..Iyelah datang bawak 10 biji, balik tangan kosong. Ada yang modal sebiji dua, habis main, cukup penuhkan semua lubang congkak. Saya pernah main, tapi selalu jadi mangsa. 

Bila dah ada brick game pun dulu, dah rasa mewah..

Dapat main game begini pun cukup teruja.



Sekarang?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha.. mainan zman dulu-dulu neh .. dn semuanya era dah main .. ngee~ , tapi, skang ni agak payah sket nak jumpa kanak-kanak zaman skang nak main benda sume tur .. :)

Nur Fauzi berkata...

zaman berubah...maka permainannya pun berubah..
budak duduk ceruk kampung pun dah pandai main angry bird sekarang ni

APAN berkata...

semua game ni aku penah main, cuma yg atas sekali tu da lupa mcm mana.mungkin x penah main yg tu satu kot....

sekarang ada lagi ke main2 game gini tmbh2 brick game tu.xde yg nak pandang skang.haha...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...