Jumaat, 10 Februari 2012

Isu pekerja KFC Icity belasah pelanggan

Kecoh akhir-akhir ni berkenaan pekerja KFC di icity Shah Alam pukul pelanggan.

Anda boleh cari di blog dan youtube video berkenaan.

Ada yang ulas berbau perkauman.

Apa pun, kita tak berada di situ, tak banyak yang kita boleh katakan. Kita ada pandangan dan pendapat masing-masing.

Pandanganku


Dua-dua salah.

Pelanggan naik angin sebab servis teruk, pekerja naik angin sebab pelanggan maki hamun.

Namun....

Saya sedikit sebanyak memahami perasaan pekerja yang naik angin.

Ya, saya pernah kerja jadi kuli. Jadi budak pejabat, jadi despatch, tukang fotostat, tukang cuci, kerja kilang. Jadi sedikit sebanyak memahami tekanan yang dihadapi si pekerja yang mengamuk.

Semasa menjawat jawatan kuli itu, saya dapat lihat begitu ramai sekali manusia, tak kira kaum dan agama yang fikir mereka ada duit, mereka pelanggan, mereka yang betul.

Benar...Ini realiti..Slogan "customer is always right" sentiasa diambil kessempatan..Walaupun tidak semuanya begitu.

Pekerja yang bekerja di tempat yang terkenal sentiasa diingatkan supaya bersabar dengan karenah pelanggan. Itu memang semua sudah maklum.

Jadi rasanya kalau setakat dimarah, rasanya mereka masih boleh tahan.

Jadi apa rasanya yang membuatkan pekerja itu sampai naik hangin mengamuk sebegitu? Kalau setakat kena marah servis lembap, rasa takkan mengamuk sebegitu.


Pengalaman sendiri

Saya sendiri berpengalaman bekerja sebagai "cashier" di mydin hypermarkaet di USJ. Kebetulan kena masa hujung tahun, orang serbu Mydin untuk berbelanja barang sekolah. Kebetulan lagi, hampir dengan hari Krismas, dan juga hari raya Aidiladha.

Bayangkan hujung minggu, kaunter cashier sentiasa penuh dengan orang, pekerja hanya rejat bila tiba masa rehat dengan pergi solat. Orang beratur panjang, dengan troli penuh. Boleh kata seorang pelanggan troli penuh, minimum RM 300 seorang pelanggan keluarkan. Tutup kaunter malam, berpuluh ribu RM untuk satu kaunter sahaja.

Tak dapat bayangkan penatnya. Cashier tak diberi kerusi untuk duduk, berdiri sepanjang bekerja. Kalau penat sandar saja di kaunter, atau cangkung!

Tengah melayan pelanggan bertali arus tak henti-henti, ada seorang pelanggan buat hal. Boleh kata mulutnya macam buntut ayam. Bercakap ikut suka. Komen servis lambat.

Dek kerana keceluparannya yang menyakitkan hati, nyaris juga saya tampar dan maki hamun.

Ya orang boleh kata kita kena sabar. Dulu saya juga kata begitu, tapi bila kena batang hidung sendiri, memang mendidih darah. Rasanya kalau tak kerana cek adek sebeleah yang menenagkan, rasa dah masuk surat khabar juga   " mahasiswa kerja sambialn di mydin tampar pelanggan India "...

Jadi kes di KFC itu, saya yakin bukan salah pekerja 100%. Dengan suasana KFC yang diserbu pelanggan hari itu, penuh sesak. Bayangkan perkerja di dapur yang panas bertungkus lumus bekerja tanpa henti beberapa jam.

Pelanggan kalau tak puas hati, boleh saja komen pada pengurus yang ada.

Jangan fikir kita ada duit, kita bayar, kita ada power. Sekali buku bertemu ruas, baru tahu diam tak terkata.

Walaupun memang benar, kesilapan berpunca daripada servis KFC yang dirasakan lembab, namun jangan lupa pekerja itu juga MANUSIA seperti kita yang ada hati dan perasaan.

JAdi mari kita jadi pelanggan yang beradab.

2 ulasan:

Encik Bell berkata...

bukan pelanggan selalu betul sebenarnya...

yg paling betul adalah hormat menghormati :)

msredcheesecake berkata...

saya takde ditempat kejadian... susah nak komen....nak bergaduh, mesti ada dua orang yg tak boleh nak sabar dah...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...