Selasa, 14 Februari 2012

Download zikir percuma (buatan sendiri)

Dahulu....

Dalam beberapa tahun yang lepas, saya ada hobi baru iaitu...Merakam suara. Software yang digunakan ialah Soundforge 8.0.( pastinya bukan original..sebab tak ada duit nak beli)

Ketika itu zaman jaga suara dan latihan vokal untuk nasyid.

Pantang ada masa, memang hadap komputer sambil pakai headset yang ada mic.

Bila mula buat rakaman tak profesional ini, baru tahu susahnya orang nak buat rakaman album. Patutlah kos nak buat satu album mencecah puluhan ribu RM.

Percubaan pertama satu zikir pendek tak sampai 2 minit, masa yang diambil untuk siapkan adalah lebih kurang 4 jam.
- suara terkehel, padam semula.
- tengah rakam, ada orang buka pntu, bunyi pintu masuk dalam rakaman...padam balik.
- pitch suara lari, padam lagi.
- tempo tak sama, ada tercepat, lambat...padam jugak.
- dah save, salah edit suara, padam lagi..

macam-macam hal.

Tapi hobi itu berkubur sejak 2 tahun lepas..Sibuk mengajar....

Jadi dibawah ini adalah antara hasilnya. Boleh klik untuk download.
Zikir lailahaillallah
Zikir hasbi rabbi
Rakaman - lagu selawat atasmu.
Rakaman  - lagu hakikat 
Rakaman - lagu sendiri
Intro sumbangsih - rakam tepi tangga dengan kawan....

Saya bukan profesional, jadi memang banyak cacat celanya dalam rakaman, terutama suara yang tak merdu.

6 ulasan:

aReLaN berkata...

uish..yang 2 minit pon sampai 4 jam.susah gak rupanya ek

msredcheesecake berkata...

Bagusnya share zikr tu....

Nur Fauzi berkata...

alan:
ni orang tahap "beginner" buat, memang la lame. tak reti nak guna software satu hal lagi.

puan kekkeju:
kalau jual tak laku pulak haha. bagi percuma je senang. tak patut pulak rasa nak jual dengan kualiti macam tu.

APAN berkata...

wah....ni pun boleh buat album gak ni bro...
ada gak usaha utk kebaikan tu...bagus2... :)

Nur Fauzi berkata...

apan:
hobi sudah 2 tahun berkubur. takde masa dah nak rakam, edit suara lagi.
lagi pun kita sorang buat semua sura, penat loo.

hobi baru beralih pada percusiion macam djembe. tapi mahal pulak

APAN berkata...

djembe?lom penah dengar lagi...mungkin penah tengok je.tpi x tau nama.haha...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...