Selasa, 31 Januari 2012

Carian hukum skim Sara ! Malaysia

Sejak artikel Hukum Skim SARA 1 Malaysia - HARAM? ditulis, rasanya traffik ke blog ini naik banyak juga. Bila tengok bahagian statistik blog, ramainya yang baca berkenaan hal ini dalam masa 3 hari ni.

Saya hanya seorang graduan Syariah yang menggunakan ilmu yang sedikit diperolehi ini untuk mengeluarkan hukum. Saya bukan seorang pakar kewangan Islam, jauh sekali seorang Ulama.

Saya cuma seorang guru. Saya cuma seorang Islam.

Saya memilih untuk menulis tentang Sara 1 Malaysia ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam. Apa guna saya ada ilmu, tapi tak gunakan.

Saya tak mahu disoal Allah nanti, ada ilmu, tapi tak mahu beri peringatan kepada orang lain. Belajar berkenaan kewangan Islam, tapi bila lihat riba depan mata buat tak tahu. Saya tak mahu dipertanggungjawabkan nanti.

Jika tidak setuju tak mengapa. Tanggungjawab saya telah terlepas. Tanggung jawab mereka yang membaca pula untuk fikir dan nilai.

Bukan masalah nak membangkang kerajaan, bukan masalah saya penyokong PR, bukan masalah saya tak suka BN. Bukan itu. Bukan pasal itu. Ini berkenaan halal dan haram, yang kalau kita ambil mudah, sambil lewa, boleh mengheret kita ke NERAKA.

Kamu sokong kerajaan ke, BN ke, PR ke, Pas ke, Umno ke, MIC ke, kalau kamu ambik tahu riba tapi masih ambil, menempah laluan pergi ke neraka.

Kalau kerajaan PAS di Kedah atau Kelantan sekalipun perkenalkan skim yang ada riba begini, hukumnya tetap haram. Tak kira siapa perkenalkan, asalkan ada RIBA tetaplah haram.

Mengapa riba?

Duit ditukar dengan duit, jumlahnya, nilainya mesti sama.

Anda beli unit 5 ribu, anda dapat semula lebih. Itu riba.

Kalau melabur, keuntungan tak boleh jamin. Pulangan tak boleh tetap. Menzalimi satu pihak lagi yang kena bayar lebih, walaupun secara ansuran dan tempoh yang panjang.

Aqad pelaburan itu jadi fasid kerana ada riba, walaupun kedua belah pihak bersetuju.


" Kau ni, Semua kerajaan buat kau kata tak betul "


Perkara yang terang dosa, perlu ditegur dan diingatkan. Kalau kita tahu, tapi tak tegur, tak ingatkan orang lain, dengan kita sekali dapat saham dosa. Terpalit sekali.


2 ulasan:

APAN berkata...

lps aku baca entri ko sebelum ni, aku ada cerita ke membe aku...
agak sukar nak xplain...tpi rasanya mungkin dia pun phm dah kot...
ye la...org lain xde pun tulis mcm ni.

Nur Fauzi berkata...

ade jugak yang kaitkan benda ni dengan bon..

kalau bon (dikenali sebagai sukuk dalam kewangan islam malaysia) mungkin transaksinya jadi lain..

cuma dalam perjanjian tu kena ada disebut.

Bon ni lain pulak la transaksinye...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...