Sabtu, 5 November 2011

MLM Hai O halal? haram?

Seperti biasa, "blogwalking" dilakukan bila ada masa terluang. Sengaja habiskan masa bersantai depan PC selepas seminggu kursuss KSSR Bahasa Arab tahun 2.

Kali ini sengaja taip ' Hai-O haram' di search engine google. Maka terkeluarlah segala bentuk web dan blog yang berkaitan. Termasuklah juga yang berdegar-degar mempertahankan MLM Hai O itu halal. Ada juga yang tak puas hati menghentam MLM Hai O



Ada yang kata halal

Ada blog agen Hai O yang mempertahankan Hai O ini halal. Macam-macam alasan yang dikemukakan termasuklah ulasan ustaz Zaharuddin di blog beliau yang tidak menyentuh tentang Hai O.

Ada juga yang memberikan alasan MLM Hai O halal kerana tersenarai sebagai syarikat patuh syariah di paparan saham.

Jawapanku

Sebelum mengatakan hukum MLM Hai O, cuba kita ambil garis panduan MLM Syariah oleh JAKIM. Baca dan bandingkan dengan pelan pemasaran MLM Hai O.

Saya terjumpa dengan beberapa perkara yang difikirkan kontra.

1. Hal maintain - perkara ini dilarang dalam garis panduan JAKIM.
2. Produk tidak diperlukan - banyak kali berlaku dalam MLM. Ahli menyertai MLM dengan cara fast track dan membeli produk dengan jumlah yang banyak. Adakah produk itu benar-benar diperlukan? atau terpengaruh setelah di 'brain wash' oleh upline?
3. Head hunting -  bagaimana syarikat boleh pastikan perkara ini tidak berlaku. Lambakan peserta menyertai pelan fast track antara simptom berlakunya head hunting.
4. Harga produk dan keberkesanan - harga produk tinggi. Contohnya penapis air. Mengapa ada penapis air yang murah di pasaran? Hal corset, benarkah ada FIR? Kajian mana yang mengesahkan.
5. Hai O tiada panel syariah yang dilantik. Bagaimana mahu mengesahkan halal jika tiada panel syariah yang dilantik untuk melihat operasi, produk dan juga menilai pelan pemasaran?

Pengesahan patuh syariah di papan saham oleh suruhanjaya sekuriti tidak cukup untuk mengesahkan pelan pemasaran Hai O patuh syariah.

Contohnya:
MAA Assurance mempunyai produk insurans investment linked. Pelaburan investment linked yang ditawarkan itu disahkan patuh syariah. Namun itu tidak menjamin produk insurans itu halal kerana Insurans telah difatwakan sebagai urusniaga yang batil dan tidak sah.

Jadi dalam hal Hai O, tak semestinya tersenarai sebagai saham patuh syariah, maksudnya pelan pemasarannya halal.

Nasihat saya:
Jangan memandai-mandai mengesahkan satu perkara itu halal tanpa merujuk kepada orang yang lebih arif.

Saya berpendapat Hai O tidak termasuk dalam MLM patuh syariah berikutan beberapa perkara yang bertentangan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Jadi minta jangan berbangga sangat mengatakan Hai O patuh syariah.

p/s: Geng Hai O jangan panas hati. Tak puas hati? Sila minta Hai O marketing buat rombakan supaya patuh garis panduan JAKIM.

2 ulasan:

sabree hussin berkata...

yang halal tu jelas.. yang haram tu jelas.. dan antara keduanya ada perkara syubhat.. jauhi lah syubhat tu

Nur Fauzi berkata...

Ramai yg terbabit dalam MLM yang syubhah dan cuba mengelak pertikaian hukum.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...