Selasa, 4 Oktober 2011

MLM Syariah - HPA patuh garis panduan?

 Syarikat MLM HPA semakin terkenal di Malaysia. Pernah dengar frasa "mai secawan"?

Saya tak mahu ulas panjang berkenaan syarikat, pelan pemasaran, mahupun produk yang dikeluarkan. Itu semua boleh diperolehi dengan 'google' sahaja.


Perkara yang menjadi persoalan sekarang ini adakah HPA mematuhi garis panduan MLM Syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM?



Sebelum Jakim mengeluarkan garis panduan itu, HPA terlebih dahulu mengisytiharkan pelan pemasarannya sebagai MLM Syariah. HPA mempunyai panelnya sendiri yang mengesahkan pelan pemasarannya tidak mempunyai keraguan dan halal. Panelnya terdiri daripada lulusan agama dan muamalat, antaranya ialah mufti Pulau Pinang.

Penilaian saya
Saya tidak tahu pendapat orang lain.

Pada hemat saya, kebanyakan MLM memungkinkan berlakunya eksploitasi pelan untuk cepat kaya (melalui pembelian yang banyak - termasuklah kebanyakan produk yang sebenarnya tidak diperlukan). Melihat kepada pelan HPA, ianya memang boleh berlaku.

Masalahnya, perkara ini sukar untuk dipantau oleh pihak syarikat. Tambahan, syarikat mana yang tidak mahu produknya laku dengan banyak?

Bukan mahu mengatakan HPA haram. Cuma dengan wujudnya garis panduan  MLM JAKIM, banyak perkara yang perlu diteliti semula oleh panel HPA.

Antaranya ialah pembelian wajib atau maintain bulanan dengan jumlah tertentu yang disyaratkan oleh HPA untuk ahlinya memperolehi bonus. Hal ini ada disebutkan dalam garis panduan JAKIM dalam perkara yang dilarang.

" Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya. "
muka surat 21 garis panduan MLM.

Melihat kepada garis panduan ini, HPA telah terang-terangan melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.

Jadi panel syariah HPA perlu berbincang dengan pengurusan HPA untuk meneliti semula pelan pemasarannya supaya menepati garis panduan MLM yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

p/s: Saya berharap agar penelitian terhadap MLM oleh JAKIM pada masa akan datang mengambil kira pendapat ahli ekonomi dan pakar statistik serta matematik memandangkan MLM melibatkan hal ehwal ekonomi dan pengiraan matematik.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...