Selasa, 25 Oktober 2011

Laporan audit 2010

Laporan audit untuk tahun 2010 sudah keluar.


Seperti yang disangka, berlaku lagi perkara yang sama seperi tahun-tahun sebelumnya.

Berikut antara berita yang diperolehi.

http://www.malaysiakini.com/news/179527
http://www.malaysiakini.com/news/179555
http://www.malaysiakini.com/news/179596
http://www.malaysiakini.com/news/179584

Boleh baca dan tengok. Hairan juga sebab laporan audit ni tak berapa dapat liputan Utusan Malaysia dan Berita Harian online.

Tak tahu mana silapnya, tapi setiap tahun akan wujud keadaan barang yang dibeli adalah berkali ganda lebih mahal daripada harga pasaran.



Teropong harga lebih kurang RM 3000 jadi RM 56 000. Siapa ambik duit lebih tu?

Peliknya, walaupun setiap tahun audit dedahkan perkara ini berlaku, tapi tak pula diwarwarkan tindakan kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa mengambil keuntungan begini.

Padahal, setiap pembelian yang dibuat ada rekod. Tercatat siapa yang menguruskan transaksi, siapa yang meluluskan, siapa yang tandatangan. Rekod ada, tapi tindakan?

Mana ketelusan yang dikatakan?

Dalam duit yang dibazirkan itu, ada hak kita rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai.

Yang buat dosa makan duit haram tu, tanggung sendiri dosa. Tengok kat akhirat nanti duit tu boleh tak selamatkan diri.


p/s: What the hell is going on with Malaysia?


3 ulasan:

APAN berkata...

itu lah bila dah ada harta dan kuasa...semakin tamak walaupun masing2 dah berharta...

msredcheesecake berkata...

Benda ni jadi di seluruh dunia... Bukan kat msia je.... Siapa dpt halang kuasa besar? Minta pada Dia, yg punya kuasa paling besar...

nurfauzi berkata...

apan dan msredcheesecake: banyak bazir duit tu. duit bazir tu kalau bagi peruntukan kat sekolah, banyak program boleh buat. tak la pening sangat cikgu-cikgu nak cari duit sponsor.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...