Ahad, 2 Oktober 2011

Lambakan filem / cerita hantu di Malaysia

Lambakan filem, drama hantu dikhuatiri pesong akidah
Filem hantu racun minda



Sesekali mahu juga tonton cerita seram atau thriller.

Tapi kalau dah selalu dihidangkan, naik jelak dan muak.

Beberapa pendapatku tentang lambakan cerita hantu tahyul di Malaysia.
  • Banyak cerita hantu sebegini menunjukkan masih ramai orang Melayu percaya pada perkara tahyul dan karut.
  • Memesongkan akidah sedikit demi sedikit. Lebih takutkan hantu darpipada dosa tak solat (masuk neraka tu..)
  • Nilai intelektual yang rendah. 
  •  Jalan cerita lebih kurang sama, dapat agak apa yang jadi. Boleh kata ramai dah tahu nanti ada Pak Ustat yang datang terajang hantu tu.
  • Menunjukkan sikap Melayu Malaysia yang hanya cari Islam bila susah dan terdesak. Serius? Dah sibuk2 kena kacau baru nak ingat tuhan, nak solat. Tapi lepas hantu itu berambus, lalai balik.
  • Menunjukkan rendahnya ilmu dan pegangan agama umat Islam di Malaysia. (daripada penulis skrip, pengarah, pelakon hinggalah kepade penerbit.)
  • Kurang ajar kerana mamainkan zikir-zikir mengingati Allah (terutama kalau jenis cerita kelakar). Tak jumpa hantu, takdenye mulut tu nak zikir ingat tuhan.
  • Seolah-olah nak mengatasi gangguan tu semudah 1,2 dan 3. Panggil pak ustat, semua selesai. Tanpa tumpu kepada masalah peribadi orang yang diganggu (tak solat, dedah aurat, suka buat dosa, akidah tak betul dan macam-macam lagi)
  • dan bayak lagi jika mahu disenaraikan..(nanti-nanti tambah lagi.

p/s: Kelakar juga tengok drama hantu di TV. Pak ustat datang, baca ayat kursi sekali, hantu pun lenyap. Tapi bacaan pelakonnya ade silap makhraj, silap hukum tajwid.


2 ulasan:

roha berkata...

dah boring la tengok cerita hantu. ada lagi ke orang nak tengok. diarang tak boring ke? tak suka tau...fu

nurfauzi berkata...

hakikatnya masih ramai yg suka tengok.
mungkin cerita mcm ni bermusim, tapi masih tak elok terutama kepada kanak-kanak.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...