Jumaat, 7 Oktober 2011

Enot minta maaf - isu hukum hudud

Isu komen Enot berkenaan hukum hudud.


Enot telah meminta maaf berkenaan kenyataannya tentang hukum hudud. Lihat sini.

Tindakannya meminta maaf itu perlu dipuji dan dipandang positif kerana dia mengaku akan kesalahan yang telah dilakukan.

Jadi sebarang kecaman perlulah dihentikan. Beri peluang kepada dia untuk berubah. Sekiranya seseorang telah meminta maaf, tetapi kita berterusan menghina dan mencerca, mana perginya akhlak sebagai umat Islam?

Kesilapan enot ialah memberikan komen tanpa berfikir panjang. Jadi mari sama-sama kita maafkan dia.


Tanggungjawab tersiarnya komen yang menghina hudud itu juga sepatutnya digalas bersama oleh wartawan yang telah melakukan temuramah tersebut, dan juga editor akhbar tersebut. Satu artikel dan kolum takkan diterbitkan sekiranya tidak diluluskan dan dibenarkan oleh editor.

Tapi isu ini juga menyedarkan kita bahawa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini tidak faham dan tidak tahu perkara sebenar tentang hukum hudud.

Isu ini juga memberi pengajaran supaya kita tidak memberikan pendapat secara melulu jika kita tidak tahu dan cukup ilmu mengenai sesuatu perkara. Mengatakan "saya tidak tahu" adalah lebih baik daripada memberikan pendapat yang mengelirukan dan menyimpang daripada perkara sebenar.

p/s: jangan berlagak pandai. Kalau tak tahu, terus terang cakap tak tahu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

2 ulasan:

BTS berkata...

eh apa cer..apa komen dia

Nur Fauzi berkata...

boleh tengok entry lepas-lepas kat blog ni. siap ada keratan akhbar lagi

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...