Tidaklah terfikir mahu menapat duit melalui blog ini. Gatal-gatal letak iklan Nuffnang pun lepas baca blog fikrikacak. Apa istilah yang selalu blogger lain sebut seperti BE, ME dll..tidaklah diri ini tahu dan arif mengenainya.
Cuma tak sangka dengan membebel tentang isu yang dirasakan mahu tulis, sangkut juga la beberapa Ringgit Malaysia dengan letak iklan Nuffnang. Baru sebulan letak, tak lama pun. Dapat pun baru RM 3 je.
Satu kempen dapat berape sen..ciput je..
Satu kempen dapatlah beberapa sen. Terima kasih pada yang sudi datang jenguk-jenguk blog dan klik pada iklan yang ada.
Patutlah kalau blog yang ada trafik banyak sampai beratus ribu / juta tu boleh dapat RM ribu-ribu dari Nuffnang. Agaknya kalau yang ramai pengunjung tu, satu kempen tu berape ratus dia boleh dapat tu. (banding dengan blog ni yang dapat tersangatlah jauh berbezanya..)
p/s: Kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Jangan leka kejar trafik sana sini sebab nak dapat duit, tapi isi tulisan banyak jadi saham dosa..Moga kita dijauhkan..Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan