Sabtu, 8 Oktober 2011

Ciri-ciri blog yang disukai


Perkara ini subjektif, bergantung kepada selera dan keinginan pembaca.

Saya suka blog yang :


  • Informatif. Banyak memberikan maklumat yang berguna dan praktikal.
  • Tentang kewangan Islam
  • Gaya bahasa yang kemas dan menarik
  • Latar belakang dan warna blog yang cerah dan menenangkan.Simple and nice.
  • Ada labels / kategori. Mudah nak buat carian dan baca bahagian yang kita minati.
  • Artikel disertakan dengan gambar yang menarik.
  • Ada unsur humor/kelakar (bukan lawak bodoh)
Ciri-ciri blog yang tak saya tak suka
(ini adalah citarasa pemilik blog ini. Citarasa anda mungkin berbeza)
  • Masuk je ada muzik 'play' automatik.
  • Mengutuk, menghina dan mempermainkan agama.
  • Warna tak kena. Gelap tiada masalah, asalkan tulisan boleh dibaca dengan senang.
  • Terlalu kebudak-budakan.
  • Banyak gunakan "short form" sampai susah nak faham.
  • Eja perkataan tak betul. Contoh 'korang' jadi 'korunk' (serius rasa nak lempang)
  • Blog dunia hiburan. Memanjang cerita pasal artis sahaja. Sampai artis masuk jamban pun nak cerita.
  • Memanjang cerita hal peribadi yang terlalu 'emo' dan tiada unsur nasihat.
  • Bahasa yang terlalu teruk. Bahasa pasar tiada masalah, memang selalu digunakan blogger.
  • Terlalu banyak salah ejaan.
  • Sibuk menempelkan gambar pakwe/makwe masing-masing (yang belum kawin)
  • Politik kutuk mengutuk yang melampau (sampai tak ingat dunia)
  • Hanya tahu "copy and paste" berita surat khabar tanpa apa-apa ulasan sendiri yang bernas.
  • Iklan berjela, artikel pendek. Satu muka satu artikel, selebihnya iklan.
  • Dan lain-lain.....

Terlalu cerewet?

Juga tak suka:
Komen takat "hai", "nice entry", "good". atau jenis komen yang lebih baik tak perlu komen.
Memang kita buat blogwalking untuk cari trafik dan bagi backlink pada kita. Tapi kalau kita komen, biarlah kelihatan kita memang nak komen, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga,
Kadang komen kita yang bernas dan menarik boleh jadi sebab orang tertarik mahu lawat blog kita an jadi 'follower'. Bukan setakat jenguk sekali, selepas itu tak datang-datang lagi.


p/s: Tak salah menulis ikut selera sendiri. Tapi pandang-pandanglah keliling juga. Orang kata makan tu jangan hadap makanan sahaje, pandang-pandang la kiri kanan.
 Juga terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi singgah membaca di blog. Mana yang baik boleh dikongsi. Yang tak elok buang jauh-jauh.

8 ulasan:

aReLaN berkata...

terima kasih atas tips2 itu.hehehe

Nur Fauzi berkata...

Ni boleh kata pandangan peribadi saje huhu.

citarasa orang kan beza-beza. Mungkin ade orang yang suka jenis blog berkelip-kelip ke.

Cik Siti berkata...

setuju! saya kurang gemar blogger yang tulis yang guna shortform macam tulis sms. Dan ejaan yang sakit mata baca.

APAN berkata...

ha...alang2 ko da wat entri gini...meh sini aku nak share gak...aku rasa ramai pembaca x suka masukkan verification code masa nak tinggal komen.aku mmg x suka ma...aku penah tulis dlm shoutbox ko.tu je la.huhu...

eh...ada lagi...read more link tu guna kalau entri panjang je...tpi aku tengok entri pendek pun nak pasang read more.bila klik link, pnjang tu gak.elok la kalau repair yg tu.huhu...

Nur Fauzi berkata...

apan:
komen diterima. roger n out.

tes berkata...

aduh,mungkin,blog ane masuk kategori yang tak di suka,,

Nur Fauzi berkata...

selera orang lain2. adenyang suka pulut, ade yang suka kari, ade yang tak suka sushi, macam-macam...

syazrin berkata...

wah....nasib blog sy tk tergolong dalam kategori yg tak disukai, hehehee

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...