Jumaat, 30 September 2011

Tazkirah Jumaat : Doa sebagai senjata


Doa senjata Mukmin. Tapi ramai umat Islam yang tidak memanfaatkan kelebihan doa yang dikurniakan oleh Allah pada kita.

Kisah Umar

Ada beberapa individu yang diakui kehebatan dan kegagahannya di zaman Rasulullah s.a.w. Antara nama yang masyhur ialah Saidina Hamzah, Saidina Umar dan juga Khalid Al-Walid.

Umar Al-Khattab sebelum Islam adalah orang yang sangat digeruni. Tak ada yang berani mahu cari fasal dengan Umar. Bergaduh dengan Umar 'confirm' kalah teruk. Semasa awal kedatangan Islam, Umar adalah antara orang yang menentang Rasulullah s.a.w.

Umar juga dilihat antara orang yang kejam. Anak perempuannya yang sudah besar (sekitar umur 7 tahun) sanggup ditanamnya hidup-hidup, kerana percaya kepada tradisi masyarakat jahiliyyah - "suwey" kalau ada anak perempuan.

Tapi bagaimana hati sekeras Umar itu boleh dilembutkan hingga berpaling kepada Islam. Dan kemudiannya menjadi pembela Islam yang sangat kuat. Jika dahulu mahu dipancungnya Rasulullah, selepas keislamannya, mahu dipancung sesiapa yang menyakiti Rasulullah.

Bagaimana boleh berubah?

Antara sebabnya adalah doa dari Rasulullah sendiri yang mendoakan agar Umar diberikan hidayah oleh Allah. Tatkala dilihat sukarnya menjalan dakwah kepada Umar, Rasulullah tidak berputus asa dan mendoakan semoga Umar diberikan Hidayah.

Dilembutkan dengan Quran
Hati sekeras Umar juga dilembutkan dengan bacaan ayat Quran dari surah Taha..Sedikit Kalam Allah yang dibacakan itu berjaya merubah hatinya.

Jadi, insan sekejam dan sekeras Umar pun boleh berubah, jangan jadikan alasan bahawa kita sudah banyak dosa, terlambat nak berubah.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...