Ini blog aku, aku punya suka la nak tulis apa!
Blog ni tempat aku luah perasaan aku. Macam tulis diari. Cuma orang lain boleh baca.
Kau tak suka dengan blog aku, aku apa peduli.
Mungkin kita pernah dengar ungkapan seperti itu semasa blogwalking atau ungkapan dari mulut orang lain.
Benar, kemudahan blog hari ini memudahkan kita untuk menulis apa saja yang kita mahukan. Pendek kata kita bebas menulis pendapat kita.
Namun dalam seronok 'berblog', menulis artikel yang berkisar tentang bermacam topik, kita perlu ingat satu perkara. Kita perlu bertanggungjawab atas apa yang kita tulis / katakan.
Memang kita bebas menulis, namun kebebasan itu ada batasannya. Sebagai umat Islam, kita akan dipersoalkan berkenaan semua perkara yang kita lakukan, termasuklah menulis blog! Ya, jangan lupa tentang itu.
Adakah blog kita lebih banyak menjurus perkara yang positif, mendatangkan pahala kepada kita?
Atau lebih banyak lalai dan mengundang dosa. Bukan setakat mengundang dosa buat diri sendiri, malah mengundang orang lain turut sama terpalit dengan dosa.
Ditakuti dalam keghairahan kita berblog (mencari trafik contohnya) kita lebih menjurus kepada perkara yang melalaikan.
Sebagai penulis, walaupun sekadar menulis blog, kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. Penulis skrip, cerita, lirik lagu, puisi dan macam-macam lagi, semua itu mengundang tanggungjawab dan akan ditanya di akhirat nanti.
Harapnya dengan kemudahan untuk menulis blog yang ada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan sahaja untuk menambah pendapatan (melalui iklan), meluah perasaan, tetapi menambah saham pahala untuk menyelamatkan diri kita daripada gosong dibakar di akhirat nanti.
p/s: menulis sambil mengingatkan diri sendiri agar tak lalai.......

3 ulasan:
Hati2 waktu nk tulis entry... Paling tak suka entry gaduh atau mengaibkan.. Saya nak cuba elakkan...
yup...aku setuju ngan pendapat ko ni...aku cuba gak kongsi mende2 berfaedah dlm blog aku...selain dok cerita pasal personal life je.haha...
Tiadelah salahnye kita berblog meluah perasaan berkongsi cerite dan maklumat.
Kebanyakan blog adalah begitu.
Namun kebebasan yang melampau itu yang dirisaukan serta keterlupaan/ dan kelekaan terhadap diri sendiri yang masih terikat dengan hukum tuhan..
Catat Ulasan