Jumaat, 23 September 2011

Baik campur jahat = diterima?

Pergi ke restoran, pesan nasi goreng kampung dengan telur mata, tambah sup kosong...Memang sedap..

Hidangan telah sampai. Berasap-asap, tanda baru dibuat. Memang membuka selera.



Tiba-tiba, baru saja nak menjamah, ada cicak jatuh dari siling kedai. Betul-betul tepat atas nasi goreng yang sedap tadi.

Cicak yang jatuh atas nasi tadi cepat-cepat melarikan diri, melintasi separuh pinggan yang berisi nasi itu. Ciciak itu juga sempat meninggalkan sebutir 'bom' (tahi) yang kering di atas telur goreng dipinggan kita.

Masih berselera mahu makan?

Ramai yang akan menolak. Tak selera. Geli. Kotor. Padahal cicak itu hanya jatuh sekejap saja, berjalan atas nasi dan pergi. Najisnya pula sekecil isi perut ikan bilis.

Itu sudah cukup membuatkan kita menolak hidangan yang kita mahu makan.

Situasi diri

Rasanya, adakah Allah mahu terima diri kita jika kita sering mencampur adukkan perkara baik dan buruk dalam kehidupan kita? Solat, tapi suka dedah aurat.

"Gua kerja bouncer pub. Tapi gua solat tak miss punya bro!"

Sedangkan nasi goreng, masuk tahi cicak yang sikit pun kita tolak......

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...