Apa yang akan dihadapi jika memohon j-QAF?
Kena ambil Mtest. Pada bahagian matematik, dinasihatkan jangan kira terlalu terperinci. Kebanyakan jawapan boleh kita buat anggaran. Rasa calon Mtest perlu fokus banyak pada soalan tentang personaliti. Soalan berkaitan personaliti paling banyak.
Peringkat 2
Kalau kita dah lepas Mtest, baru dipanggil untuk temuduga. Jadi masa temuduga ni, memang kena siapkan diri sebaik mungkin. Jangan lupa bawa semua salinan asal sijil yang diminta.
Sebelum temuduga secara individu, calon akan diminta menulis esei/karangan di dalam Bahasa Arab. Jadi siapa yang tak tahu langsung Bahasa Arab tu memang payah sikit. Jangan biarkan kertas kosong. Tulislah setakat mana yang kita tahu. Fahamkan kehendak soalan.
Selepas jawab esei, kita akan duduk dalam kumpulan (5 atau 6 orang). Kumpulan akan diberikan satu isu dan diminta membincangkan isu yang diberikan. Jangan memonopoli perbincangan (asyik kita saja cakap). Beri peluang pada orang lain. Jangan berikan jawapan yang mengarut. Tunjukkan kematangan anda dalam mengupas satu isu. Jangan terlalu skema dan serius. Lakukan perbincangan seperti perbualan biasa, tetapi dengan laras bahasa yang baik.
Temuduga individu
Semasa temuduga individu, calon akan ditanya dalam Bahasa Arab. Bergantung kepada penemuduga untuk bertanya berkaitan dengan apa. Mungkin isu semasa. Mungkin juga berkenaan diri kita. Jadi bolehlah bersedia dengan perbualan Bahasa Arab.
Kita juga akan disoal berkenaan hukum tajwid dan hukum fiqh (fardu ain). Selain itu penemuduga juga akan meminta kita membaca surah lazim secara hafazan dan membaca ayat quran di helaian yang dikehendaki. Begitu juga dengan tulisan jawi.
Soalan lain
Seperti biasa, mengapa mahu menjadi guru akan ditanya. Berkenaan diri kita. Pengalaman kerja dan pendapat kita dalam sesuatu isu. Penemuduga juga mungkin mahu melihat kebolehan kita dalam sesuatu bidang (mungkin diminta azan, bertaranum, bersyarah dll...)
Hal bagaimana sesi temuduga ini dijalankan sebenarnya bergantung kepada penemuduga. Ada yang ambil masa panjang. Tapi ada juga yang tidak sampai 10 minit untuk sesi individu.
Selamat berjaya kepada yang memohon.
p/s: masa temuduga dulu diminta azan. Bergema azan pukul 8.30 pagi.
3 ulasan:
Sayang btol terlepas Mtest tahun ni. camna saya bleh tak tau psl tarikh mtest yg telah diawalkan? ada keluar memo ke???
kalau pengambilan kpli bulan 1, biasanya iklan akan keluar kat surat kabar utama dalam bulan 9 gitu.
beli no pin kat bsn, kemudian daftar.
kemudian kena selalu cek website kementerian pelajaran untuk tengok keputusan layak ambik mtest atau tidak.
lepas tu kena selalu semak website yang sama untuk tengok keputusan layak untuk temuduga.
kesimpulannya, kena selalu semak berita kat surat kabar dengan internet.
tarikh semak 18 hingga 23 oktober.. tapi kenapa pulak mtest nya tu bertarikh 22 oktober 2011. macam ada some thing wrong je. kalu KPM tak nak ambik cALON BAIK tak payah buat iklan....
macam ni buat naya orang je... SEDIH NI....TERLEPAS MTEST...:(
Catat Ulasan