Ahad, 31 Julai 2011

Jangan dedahkan aib

Ada manusia yang orang hormat, ada manusia yang orang keji. Ada manusia yang besar pada pandangan orang, ada juga yang nampak kecil. Mengapa seseorang itu tidak mendapat penghormatan dan dikeji oleh orang ramai.

Kebiasaannya seseorang itu kita hormati,nampak hebat, alim, kerana kita tidak nampak keaiban orang itu. Maksudnya keaiban yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Apa tanggapan kita kita seorang Ustaz atau Ustazah yang kita hormati, tiba-tiba didapati bersalah oleh mahkamah syariah berkahwin di selatan Thailand?

Apa tanggapan kita pada seorang Pengetua yang kita hormati, apabila kita dapat tahu tabiat buruknya suka memukul anak-anaknya?

Apa tanggapan seorang isteri yang sangat mengkagumi suaminya jika si isteri mengetahui suaminya itu suka memikat isteri orang lain?

(** contoh di atas hanya contoh semata-mata.)

Maksudnya tanggapan kita pada seseorang, atau tanggapan orang kepada kita akan berubah jika aib diri seseorang itu dibuka atau terdeedah kepada umum. Mungkin selepas itu semakin berkurangan orang yang menghormati, semakin ramai yang membenci.

Jadi kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana Allah memlihara keaiban yang ada pada diri kita daripada diketahui umum.

Kita juga dilarang membuka dan menyebarkan keaiban orang lain kerana perkara ini amat bertentangan dengan Islam.

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Malah kita juga dilarang membuka keaiban diri kita sendiri kepada umum.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. (Shahih Muslim)

Apabila keaiban telah diketahui umum, bukan setakat namanya sendiri menjadi buruk. Kemungkinan orang lain juga boleh terpalit sama.

Contohnya seorang cikgu (wanita) yang sibuk merakamkan aksinya miming bermacam-macam lagu, dengan gaya yang bermacam-macam, dan tidak sesuai untuk dijadikan tontotan umum kerana kelakuannya yang kurang sesuai dilakukan oleh seorang muslimah, tiba-tiba dia sendiri upload videonya di youtube, dan semua orang boleh akses dan melihat video itu.

Hal itu boleh dikatakan membuka aib diri sendiri. Malah boleh dikatakan memalukan profesyen perguruan. Bukan itu sahaja, bahaya jika anak muridnya terikut-ikut dengan perlakuan gurunya itu...

Jadi sama-samalah kita mmenjaga aib ahli keluarga dan sahabat kita, termasuklah diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...