Ahad, 7 Februari 2010

Rapat dan luruskan saf!!


Saya agak sedih dan kasihan setiap kali imam di masjid menyebut dan mengingatkan tentang saf solat sebelum menunaikan solat. Majoriti jemaah (tidak kira tua, muda, besar, kecil) seolah-olah tidak mendengar apa yang diungkapkan oleh imam di hadapan.

Saya tidak mengatakan semua tempat begitu, tetapi kebanyakan masjid atau surau yang saya kunjungi, seringkali saya jumpa perkara yang sama. Saya kira ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.

Anda boleh lihat sendiri keadaan saf semasa solat jemaah atau solat jumaat sekalipun. Masih ramai diantara kita apabila bersolat, tidak tahu bagaimana cara untuk melurus dan merapatkan saf semasa berjemaah. Walhal perkara ini sangat-sangat dituntut oleh agama.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sangat mementingkan saf solat. Lurus dan rapatnya saf dalam solat dari segi yang lain boleh menggambarkan ukhwah dan disiplin kita di dalam solat.

Pada zaman Rasulullah dan para sahabat, mereka yang pergi berjihad/berperang dituntut untuk menjaga kesempurnaan solat, termasuklah dalam hal meluruskan dan merapatkan saf.

Kita hari ini?

Saya berpendapat ramai dalam kalangan kita tiak cukup ilmu berkenaan dengan solat. Sebab itu hal yang mudah seperti merapat dan meluruskan saf pun sukar hendak dilaksanakan. Tambah buruk apabila ada pakcik atau makcik yang berdegil dan tunjuk pandai tidak mahu betulkan saf. Dimarah pula kepada yang menegur mereka...Astaghfirullah...

Tambah sedih apabila solat dilakukan selepas ceramah disampaikan oleh penceramah. Topik ceramah sangat hebat, berkenaan kesatuan umat Islam! Penceramah menerangkan perlunya umat Islam bangkit dan bersatu padu menentang musuh Islam. Cukup Hebat! Tapi bagaimana umat Islam mahu bersatu hati. Saf dalam solat berjemaah pun bengkok-bengkok dan renggang! Sungguh memalukan.

Mudah sahaja membetulkan saf. Buku lali kita selari (sebaris) dengan jemaah disebelah kita. Bahu bertemu bahu, kaki menyentuh kaki. Seperti dalam gambar di bawah.


Apa yang seringkali saya lihat, sudahlah kaki tak rapat, bahu juga jauh tidak bersentuhan dengan orang disebelah. Malah ada ketikanya ruang kosong yang ditinggalkan muat diisi oleh seorang lagi jemaah!

"Ape hal nak rapat-rapat sangat ni??!!!" antara ayat yang pernah dilontarkan kepada seorang insan yang cuba merapatkan saf.

Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat juga melatih umat Islam supaya berdisiplin. Tapi adakah kualiti solat yang sebegini mampu menjadikan kita terhindar daripada kemungkaran?


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...