Isnin, 9 Februari 2009

Mengapa perlu sombong?

Kadang-kadang tidak faham dengan gelagat manusia. Lain orang lain ragam. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi kalau terjumpa dengan perkara yang tidak berkenan di hati, sabar sahaja....Api jangan di lawan api. Nanti makin marak jadinya..

Tapi mengapa ya kita perlu bersikap sombong?

Maksudnya sombong tak bertempat.....

Akhlak dan perilaku kita memang memberikan kesan kepada penilaian orang terhadap diri kita. Termasuklah percakapan, walaupun ketika ber"chatting".

Setakat kita bertanya apa kabar.....

Tapi di balas, "jangan kacau boleh tak...Banyak kerja nak buat ni!!!"

Bunyi seperti kasar, dan pastinya melukakan hati yang bertanya.

Bukankah lebih elok jika dijawab

"minta maaf..ade banyak kerja"

"banyak kerja ni, lain kali sembang ok.."

"tengah bz....."

Atau diam sahaja.........

Tidaklah yang bertanya itu terasa hatinya. Niatnya bukan mahu mengganggu, mungkin mahu berbual-bual bertanya kabar..Namun disalah ertikan sebagai "mengganggu" pula...

Saya banyak kali menghadapi situasi sebegini. Jadi tidaklah kecil hati sangat bila terkena. Namun kadang-kadang terasa hati juga kerana memang niat kita hendak bertanya kabar, bukan sengaja menggangu.

Ada betulnya maksud pepatah melayu "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"

Ada benarnya saranan Rasulullah s.a.w supaya kita bersabar ketika marah, supaya tidak terlepas apa yang tidak sepatutnya dilafazkan. Memang benar orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan marahnya.

4 ulasan:

AzlanSajirah berkata...

Perlukah kita sombong?
Erm, rasanya tak perlu..

Seelok-eloknya diungkapkan perkataan-perkataan yang baik jika sibuk..

fauzi berkata...

manusia...biasalah kan...yang faham ni kenalah bersabar ye tak

Tanpa Nama berkata...

kalo orang diam tu faham2 jela..
mungkin sibuk..mungkin takde mood nak layan..

tapi berkasar...tak baik tau..

Tanpa Nama berkata...

ketidaksengajaan yang bisa melukakan hati.

Orang tu tak bmaksud nak marah Poji, cuma terlepas kata. biasa lah tu kan^^

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...