Saya sempat pulang sebentar ke kampung halaman pada hari Sabtu yang lalu untuk menghadiri dua kenduri kahwin. Satu di Johor Bahru dan satu lagi di Kluang. Maka bertambahlah soalan " kau bile nak buat kenduri" diajukan kepada saya. Mana yang mampu akan dijawab, kalau tidak, tersenyum dan tersengih sahajalah yang saya mampu.
Di rumah
Dirumah, hendak dijadikan cerita, saya membelek-belek album lama yang sudah disusun oleh ibu. Album itu sudah siap dilabel contohnya "anak-anak" dan "ibu dan ayah". Dalam hati berkata "sempat juga ayah susun gambar sebelum dia meninggal".
Paling menarik perhatian adalah gambar kami adik beradik. Album itu yang mempunyai paling banyak gambar berbanding album lain. Geli hati melihat muka diri sendiri dari kecil hinggalah besar. Tak ketinggalan juga gambar sepupu-sepupu dan pakcik-pakcik yang rapat dengan kami. Bila lihat sahaja pada sekeping gambar, banyak betul memori dan kenangan yang datang singgah di fikiran. Melihat gambar kami adik beradik dan sepupu yang banyak, saya dapat rasa "sayang betul ayah pada anak-anak", walaupun ayah seorang yang pendiam dan garang.
Teringatlah saya akan peristiwa saya terjun ke dalam kolam ikan hiasan di Pejabat Kesihatan Kluang. Maka saya ditertawakan oleh abang-abang saya dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Tak ketinggalan juga ayah dan ibu (juga kawan-kawannya), turut ketawa melihat saya basah kuyup. Saya pun lupa kenapa saya begitu "pandai" terjun ke dalam kolam itu. Kolam itu tak silap masih ada hingga saat ini.
Hobi yang sama
Teringatlah saya akan hobi ayah yang suka mengambil gambar dan mengumpulkannya untuk dibuat koleksi. Tidak kira gambar keluarga, kawan-kawan sekerja atau saudara mara. Mana yang rasanya elok, akan diambil. Rajin juga saya menyelongkar, hingga terjumpa gambar klasik hitam putih ayah zaman muda sebelum kahwin, sedang "berpiknik" di tepi sungai bersama kawan-kawan.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Bapa borek, anak rintik.
Sedar tak sedar, kami berkongsi hobi yang sama. Patutlah ayah tak keberatan memberikan saya sebuah kamera semasa di sekolah menengah. Jadi, banyaklah gambar saya bersama kawan-kawan di sekolah dalam simpanan saya. Cuma kurang tersusun dan berselerak. InsyaAllah akan disusun dengan lebih elok selepas ini.
Usaha untuk "scan" gambar-gambar lama juga akan dilakukan secara berperingkat. InsyaAllah bila sudah selesai, akan dimaklumkan kepada semua. Di bawah ini antara gambar zaman sekolah yang sempat di "scan".
3KA1 1998
Taman Aspura 2000
Dorm Hassan 2000

8 ulasan:
Aku hairan.
Aku orang kuat dalam pembikinan Laman Nilakandi.
Kenapa tiada muka aku?
Esok aku mengamuk satu malaya!
amboi, rajin betul mengimbau memori remaja akhir akhir ni..
zaman sekolah sangat sronok...kepala sangat ringan...
sekarang kepala sangat berat...sarat...ayarkghhh..
fikri - bukan salah diriku. salah dirimu tiada di situ. aku hanya menyuruh budak mengambil gambar. kamu di mana? tido di dorm masa gotong royong?
sue - sejak ade "scanner". kebetulan gambar2 lama banyak yang berhabuk nak rosak.
waaa...mana tah aku simpan gambar tuh..pindah randah nih mana mak aku simpan..bestnye ade gambar2 lama2
aniz - gambar zaman stk tak banyak, tapi ade lasikit.sehari due lagi sile cek profile friendster saye untuk nengok
Ah, kau nak salahkan aku pula. Aku tak kira, aku nak kau scan gambar yang ada muka aku jek.
Hahahaha...
Aku jahat....
mase tu oji kurus. maksudnye hensem. ramai awek. skarang dah besar. maksudnye dah ade bini. tapi takde. oji, bilekah anda mahu mendirikan mesjid....
wiwin marah sangat tiada gambar dia..
pojie letakla satu gambar dia..
nanti penuh ulasan ni dengan nama dia..
wiwin..jangan marah2 ya...=)
Catat Ulasan