Khamis, 20 November 2008

terkenang....


coretan kali ini lebih peribadi sedikit...


Saya teringat rasanya dalam tahun 2005, saya agak aktif di Jabatan Syariah Ekonomi dan juga bernasyid di UM...Tahun itu rasanya tahun yang paling sibuk dalam pengajian. Subjek banyak, tugasan subjek pun banyak (ada 14 tugasan) ditambah dengan menyertai dan membantu kajian lapangan oleh jabatan (temuramah penerima bantuan zakat).

Namun saya dapat membahagikan masa dengan baik ketika itu. Tugasan dapat disiapkan, ada masa belajar yang cukup, dapat beraktiviti (jabatan dan nasyid) dengan baik, malah dapat membantu jabatan membuat pameran di kampus Nilampuri, Kelantan. Tak ketinggalan juga sempat pergi "mengurat" jauh-jauh hingga ke IPTA lain di Lembah Klang....
Fikir-fikir semula boleh tahan jahat dan gatal masa itu... (yang berkesudahan frust hahaha)

Namun isu semasa yang berlaku tak terlepas dari pengetahuan saya dan rakan-rakan. Terutamanya berkaitan hal harga minyak dan kos barang keperluan yang makin meningkat. Rasanya pada tahun itu kerajaan ada menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter. Bantahan besar-besaran dibuat hingga ada yan berdemo di KLCC. Tak erlepas, ada kawan-kawan yang pergi menyertai demo...Hasilnya gambar di bawah terhasil....


penyajak yang semangat berdemo....


Kawan-kawan pakat gelak besar bila tengok gambar di atas. Tak sangka banyak-banyak peserta demo, gambar si jijul ni yang keluar.
Kecut muka kawan yang pegang sepanduk ni bila gambar ini disiarkan di web harakahdaily.net sehari selepas demo berlangsung. Bukan apa, takut kena panggil dengan pentadbiran UM dan dikenakan tinakan disiplin seperti buang universiti atau digantung pengajian. Hal ini jadi bahan bualan di Jabatan dan jadi bahan jenaka. Maka tersebar luas berita ini dan membantu mempromosi diri kawan tersebut yang sudah pun dikenali ramai oleh warga APIUM ketika itu. Mujur cuma versi online, bukan versi cetak.

Apa pun semua itu jadi kenangan yang buatkan kita tersenyum keseorangan bila teringat. Sekarang ini masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Malah ramai juga yang sudah berumahtangga. Namun bila sebut berkenaan harga minyak naik, maka gambar demo di atas pasti terlintas di fikiran.

Apa ye perasaan tuan punya gambar bila tengok gambar dia terpampang di blog ini....? (jangan marah ye jijul....hahaha) Dengar kabar dah jadi seorang pendidik yang berjaya....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Jijon memang hebat waktu ketika dulu. Sekarang lagi lah. Tak lama dah tu nak mendirikan umah tangga.

Fikri Misti berkata...

Oho! Pergi IPTA lain ye.

Melawat sepupu atau menangkap Kupu-kupu?
Hehehe...

Jangan frust la wak. Biasa la tu, adat menangkap kupu-kupu ada yang jinak. Ada yang ganas, aum!

Nak awek Kedah tak? Cun wo!

Tanpa Nama berkata...

Hidop Jujul.. Tak lama nak kawen dah tuu.. Penyajak hebat Telah menjadi Pendidik yang hebat dikala ini.

fauzi berkata...

sleme:
jijul maintain macho..lame tak jumpa dia

fikri:
itu cerita lama haha...takpe la...aku nak cari yang dekat2

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...