Rabu, 19 November 2008

hal minyak, harga barang dan ekonomi


lokasi LCCT

Saya bukanlah pakar ekonomi walaupun belajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cuma hendak kongsi pendapat berkenaan dengan hal ehwal semasa yang terjadi di sekeliling kita.

Semala (Selasa 18/11/08) saya pergi ke LCCT untuk mengambil abang dan keluarga mertuanya yang pulang bercuti dari Indonesia. Semasa dalam perjalanan pulang, abang menceritakan pengalamannya dihantar "out station" ke Australia oleh Cadbury (tempat dia bekerja di Shah Alam)...

pilihan anda...savvy?

" harga honda Jazz kat sana same dengan harga savvy..kat sana pun ade savvy jugak...murah je harga honda Jazz sana...16000 Australian Dollar...dekat-dekat RM40 ribu jugak la....Kat Malaysia, hoda Jazz lebih kurang RM 100 ribu....Banyak gile cukai......."


atau jazz?


"gaji untuk fresh graduate kat sane mahal betul...paling rendah paling kurang dapat 3000 dollar. Kalau convert sini, RM 7000 lebih..!!!! Kita kat sini fresh graduate dekat-dekat RM 2k je...Kos hidup mahal, petrol mahal, kereta mahal....Kat Australia senang-senang la fresh graduate yang dah kerja nak beli kereta. Gaji mahal, kereta murah, kos hidup lebih kurang kat Malaysia je.."

Saya terfikir juga...Apa yang dikatakan ada benarnya......

Kereta di Malaysia memang mahal...Sebab kerajaan nak lindung kereta tempatan..Kereta luar yang masuk ke Malaysia memang dikenakan cukai yang tinggi...Kalau tak, macam mana kereta Honda Jazz yang cantik, berkualiti tinggi (jauh lebih baik dari Savvy) mempunyai harga yang sama dengan savvy di Melbourne, Australia? Sebab cukai........Kalau ta kena cukai tinggi, tak laku proton di Malaysia ni....

Jika anda diberi pilihan....Proton Gen-2 dan juga Toyota Vios....Mana yang anda pilih jika harganya adalah sama? Tetapi dengan kualiti yang berbeza.....Umum mengetahui kualiti Toyota jauh meninggalkan Proton......

Abang juga menceritakan perbualannya dengan pemandu teksi di sana. Pemandu itu menjelaskan yang dia biasanya mendapat lebih daripada 2000 dollar sebulan dengan memandu teksi. Abang pula menyatakan yang gajinya hampir sama dengan gaji dia di Malaysia (lebih kurang RM 5 ribu)....
"you should come and work here...Fresh graduate here will be paid at least 3000 dollar"
pemandu tu sempat berseloroh dengan abang....

Sampai sahaja di rumah saya, semasa buka pintu kereta, lampu dalam proton savvy abang tak menyala (sepatutnya menyala automatik bila pintu dibuka)..Kena tekan lampu tu, baru menyala..bila lepas, padam semula..Padahal baru guna 2 BULAN!!!!!!!
Bukan sengaja nak mengutuk, tapi kesal juga dengan kualiti macam ni....Ramai rasanya yang tersepit, kalau beli kereta luar dikata tak patriotik. Tapi nak beli kereta tempatan, kena bayar mahal yang tak setanding dengan kualiti (rugi)....

Tapi rasanya saya akan guna proton juga.........

8 ulasan:

Fikri Misti berkata...

Wak,yok pindah aussie 2,3 tahun.

Dapat kumpul duit kahwin, kita balik m'sia balik.

Amcm, ada beran?

d ordinary me berkata...

terasa diri ini semacam 'miskin harta' la pula...ehe

fauzi berkata...

fikri:
masa depan kamu sebagai akauntan amat cerah di sana....huhu

sue:
miskinnye cikgu....

alifmimyanun berkata...

waw, 3 ribbuuuuee dollerrrr..
kat sini pun kadang-kadang tak sampai 2 ribu, seribu lapang jee.
untuk fresh grad yang fresh gile.

Rockstar berkata...

akak ipar aku dulu lepas study kerja kat aussie setahun sebelum dipanggil balik kerja kat m'sia..

boleh bwk blk rm100k bersih..


oops..

lupa nak bgtau, satu masa dahulu, satria gti pernah kalahkan swift sport dekat aussie..

aku masih bangga dengan kereta malaysia..

fauzi berkata...

alifmimyanun:
abang bengang dgn driver teksi tu. sbb gaji die macam abang. pade hal takde degree pun

adobe:
rm100k banyak tu...
hebat jugak satria
harap makin bertambah kualitinya

Tanpa Nama berkata...

member aku cakap barang sane memang jauh lebih murah compare kat Malaysia..

apatah lagi gaji..huhu..tersekat di bumi sendiri..=(

Fikri Misti berkata...

Hujan emas di tempat orang,
hujan batu batu di tempat sendiri,
lepas main hujan kat tempat orang,
baru la main hujan sendiri.

Ye tak?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...