Buat sementara ini tiada idea atau isu yang saya hendak tulis...
Hendak ulas mengenai isu minyak yang turun lagi? Mungkin lain kali.....
Baru-baru ini ada kawan serumah yang bawa balik booklet kecil mengenai promosi telefon bimbit terbaru berjenama seperti samsung, nokia, sony ericson dan seumpamanya. Saya hanya membelek dan melihat-lihat sekiranya ada yang rasa berkenan di hati (banyak yang berkenan, cuma keadaan kewangan tidak mengizinkan....Lagipun cukuplah buat masa ini mengunakan telefon bimbit yang ada. Bukan nak buat apa pun, untuk sms can pangilan....Itu sahaja!)
Alat telekomunikasisemakin hari semakin canggih sekali. Malah panggilan video melalui telefon adalah satu perkara yang biasa. Ingat lagi semasa tahun 2002, model telefon nokia 3310/3315 (ada yang memanggil tiga tiga seposen@sekupang) meletup dan menjadi trend remaja ketika itu. Aplikasi yang boleh digunakan hanya sms dan juga panggilan. Namun hari ini model itu dipandang sepi.....Entah masih ada lagi dijual atau tidak. Pantas sungguh perkembangan teknologi..
Namun terdetik di hati, secanggih mana pun alat perhubungan yang ada sekarang, kalau hati ini tak mahu, tak jadi juga ya....Secanggih mana pangilan video melalui 3G pun jika penerima tidak mahu menjawab, sebaliknya butang "batal" ditekan, tak jadi juga komunikasi. Ada alat yang canggih, mahal dan berkualiti, guna line yang paling baik, tapi hati masih berat menghubungi orang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik beradik, sahabat, tak guna juga....
Jadi saya meminjam kata-kata ustaz hasrizal bahawa alat komunikasi yang penting adalah hati manusia...Kerana hati itu yang akan menggerakkan kita menekan butang panggilan pada telefon, hati itu yang membuatkan kita bertindak menghubungi insan yang kita kasihi....Biarpun alat perhubungan cuma sekeping poskat, sepucuk surat, menggunakan telefon murah atau pun sekadar telefon awam menggunakan syiling (yang semakin dilupakan).......
Banggakah kita ada telefon bimbit yang canggih, tetapi jiwa kosong tiada komunikasi dengan insan yang lain?
8 ulasan:
tersirat makna di sebalik yang tersurat...
tersirat maksud di sebalik yang tersurat
hati adalah alat pentng untukberkomunikasi...hmm, maksudnya,kalau dah tiada khabar berita..tiada apa...maksudnya dah takde hati lagi??? uhu
comel la hp sony nie..takpe nanti ade rezeki lebih ko beli la yang canggih2..aku dulu pun gigil nak kuar duit beli hp...tu pun lepas dah ilang.. =)
kupu-kupu:
ai...saye paham maksud awak huhu...mendalam dan terasa
sueloveart:
hati dalam badan tu ada lagi..tapi "hati" tu tak tau la.ade, tp jd mcm henset yang tak guna unt tujuan tu kot.
nieza:
ai gaji incek akauntan kan banyak...tak macam saye yang sekolah lagi ni
berbangga dengan kecanggihan kerana dengan kecanggihan mampu membuat kite semakin dekat dengan orang yang tersayang.Dengan mudah dan pantas.Namun..klu tiada keinginan ape sekali pun kemudahan yang ade buang je dalam sungai seget...huhu.ko je xde tpn 3G.cane aku nak 3G ngn ko..?
anezz:
kan bole sms...(saye tak mampu gune 3g)
tinggi atau tidak gaji tak menentukan canggihnye phone die..but how they use it..betul tak encik poji =)
Catat Ulasan