Selasa, 10 Jun 2008

jalan-jalan akademi nasyid




Pada 8 Jun yang lepas, saya dan kawan-kawan sempat menghadiri sesi ujibakat akademi Nasyid yang dianjurkan oleh TV9. Lokasi tersebut adalah lokasi ujibakat yang terakhir di Negeri Melaka.

Seminggu sebelum ujibakat

Saya ternampak iklan Akademi Nasyid di masjid Bandar Baru Uda. Sengaja bertanya kawan di Melaka (ustaz Fadly)..."nak pegi tak ?"

Tak sangka pula ramai-kawan yang setuju nak pergi. Memandangkan saya yang "gatal" sangat bagi idea, terpaksalah turut serta. Niat sekadar hendak jalan-jalan dan mencari pengalaman.

7 Jun (sehari sebelum ujibakat)

Saya bertolak jam 5.30 dari puduraya. Ketika itu langsung tiada idea lagu apa yang akan dinyanyikan esok. Tambahan pula ini kali pertama kami bergabung menjadi satu kumpulan ( 2 orang team irfan KL + 3 orang team irfan Melaka). Orang kata main redah je. Saja jalan-jalan hujung minggu.

Sampai di Melaka, rehat-rehat dulu. Saya mengikut Ustaz Fadly ke pusat tuisyennya di Air Molek. Makan dulu, redakan kebuluran yang melanda perut. Latihan bermula pada pukul 12.30 pagi......Masa yang sangat sesuai untuk tidur sebenarnya.

Tamat latihan pukul 2.30 pagi (kira-kira 2 jam berlatih yang diselang-seli dengan sesi ketawa dan buat lawak). Tekak perit terasa kerana lama tak berlatih ditambah pula dengan peranan sebagai 2nd harmoni yang memerlukan pitch suara yang agak tinggi.

Kebetulan ada siaran langsung Euro 2008 Portugal vs Turkey. Sempat menonton hingga pukul 3.00 pagi. Lokman dan Azri setia menonton hingga tamat perlawanan.

8 jun

Lepas solat Subuh, masing-masing pengsan tak sedarkan diri hingga pukul 9.40. Ada sahabat yang melaporkan pukul 10 sudah boleh mendaftar. Tetapi di kala itu, kami di rumah ustaz Fadly baru menjamah sarapan dalam keadaan belum mandi lagi.....

Sebelum bertolak, sempat berlatih setengah jam. Kami sampai di tempat ujibakat kira-kira jam 12.15 p.m. Kami mendaftar sebagai peserta berkumpulan (5 orang satu kumpulan)

encek firdaus - vokal utama
saye - harmoni
fadly - third voice
lokman - backup 1st/third
azri - bass

Peringkat pertama

Peringkat ini hanya mahu melihat peserta boleh menyanyi atau tidak....Kalau sumbang-sumbang sedikit tu, kira lepas la ke peringkat seterusnya. Yang menariknya pada peringkat ini, macam-macam gaya dan ragam yang dapat kita saksikan. tak terkecuali ada yang membuatkan perut ini sakit menahan ketawa.

Alhamdulillah kami tiada masalah pada peringkat ini.


Peringkat kedua

Kami dikehendaki datang semula pada pukul 2 petang. Jadi sempatlah kami pergi makan dan solat dahulu ni masjid berdekatan. Rasanya peserta lain ramai yang tidak pergi makan kerana takut tak sempat. Tapi kami dengan selambanya bersenang-senang, pergi makan dan solat dan datang semula pada pukul 2.30. ( sebab tahu giliran kami lambat lagi)

Peringkat kedua agak sukar sedikit kerana diadili oleh juri profesional. Ada tiga orang juri. Tapi saya hanya kenal 2 orang sahaja. Usop Kopratasa dan Dak Mie (bekas ahli kumpulan rock Barongan). Kecut perut juga lihat peserta-peserta lain dikritik.

" balik berlatih lagi ye dik...pergi cari guru!"

" awak menyanyi takde feel la. Tegak je dari tadi. Takde perasaan "

" awak tak cukup latihan "

itu antara komen yang kami dengar.....

Sebelum tiba giliran

Kami berlatih sebentar di luar. Saya ada perasan ada seorang "abang kamera" perhatikan kami dari tadi. Sedar-sedar dia dah "tercongok " sebelah kami merakam kan aksi kami berlatih...

Yang kelakarnya kami diminta berlakon semula membaca doa sebelum masuk ujibakat.

" dik, boleh buat semula tak...berlakon sikit la..."

Semasa ujibakat
entah mana silapnya, semasa test mic, keadaan menjadi kelakar.

Saya biasa takbir (seperti azan) semasa test mic sebelum persembahan. Jadi kebiasaan itu terbawa-bawa hingga hari itu...

" Allahuakbar...Allahuakbar!" krew-krew yang ada termasuk juri menjawab "azan"

"ai baru pukul berapa dah azan ni????"

Harap kejadian itu tak tersiar semasa rancangan itu bermula. Kerana saya satu-satunya peserta di Melaka yang berbuat demikian.

Alhamdulillah kami lepas ke peringkat ketiga pada hari tersebut.

Peringkat ketiga

Sebelum itu kami berjalan sebentar ke Mahkota Parade untuk mencuci gambar yang diambil. Tak nampak macam peserta nasyid pun.......

Berbalik di tempat ujibakat...Kami menunggu lama sebelum tiba giliran kami..Sebanyak 14 peserta yang terpilih pada peringkat ini. Masing-masing mata berat dan mengantuk. Tetapi masih gagah lagi bergurau senda dan bergelak ketawa. Kumpulan lain nampak agak risau.....Tapi kami sebenarnya dah tak sabar nak balik kerana sudah letih dan mengantuk.

Dipendekkan cerita, kami tak terpilih....Memang sepadanlah dengan usaha kami...Berlatih setakat 3 jam, takkan la dapat pegi terus?
Daripada 14, hanya lapan sahaja yang terpilih untuk berentap di Kuala Lumpur.

Sebanyak 30 peserta di Kuala Lumpur bertanding pada 11 jun.
Hanya 10 sahaja yang akan dipilih.........

Namun saya kurang senang dengan majlis penutup. Lagu Ghazal untuk Rabiah dinyanyikan oleh 2 orang peserta solo sebagai persembahan penutup (sepatutnya lagu nasyidlah...nama pun Akademi Nasyid). Tapi kami layankan saja.

2 ulasan:

alifmimyanun berkata...

ini namenye akademi carik sponsor.

Tanpa Nama berkata...

pernah dengar kisah rabiatul adawiyah? kisah yg sangat indah :)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...