Sabtu, 28 Jun 2008

Akademi Nasyi. Ada kualiti?

Beberapa hari yang lalu saya sempat menyaksikan rancangan akademi nasyid di TV9 kerana ada beberapa orang kenalan sudah sibuk berbual tentang program itu...

Namun kecewa bukan kepalang bila melihat peserta mempersembahkan nyanyian mereka...Bagi saya, kualitinya sama sahaja seperti kualiti peserta pertandingan nasyid di kampus-kampus universiti. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ada di kalangan peserta di A.N sebenarnya tidak layak dan kurang berbakat.

Saya terfikir bagaimana juri profesional seperti Dak Mie, Usop kopratasa, Hijjaz (sekadar menyebut beberapa nama) boleh meluluskan peserta yang ada sekarang.

Mungkin selera saya terlalu tinggi?

Entahlah..Saya sangkakan melalui program ini, bakat-bakat baru yang hebat dapat diketengahkan. Tapi nampak lain jadinya. Cuba lihat komen di laman web TV9. Ada yang memuji, dan tak kurang juga yang mengkritik malah meluahkan kekecewaan seperti saya.

Yang penting, nampak sangat peserta kekurangan idea dan kurang kreatif. Pakaian pula, nampak kurang sesuai dengan konsep nasyid. Ada peserta wanita yang ranggi..!!!!

Alasan terpaksa pakai kerana pakaian disponsor/ditaja....Rasanya itu bukan hujjah yang kuat.
Semasa menonton, tak terasa pun dihati ni dakwah yang cuba disampaikan....

Anda boleh tonton dan nilai sendiri.

Saya sangat rindukan penasyid berbakat seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Mestica, Mirwana dll.....Saya rindukan lagu nasyid yang dapat menyentuh jiwa pendengar.

"kau ni cerewet la " komen seorang kawan kepada saya bila dengar saya mengkritik lagu.

Ya. Saya memang cerewet dalam hal lagu. Telinga ini sensitif bila dengar ade suara sumbang bila menyanyi.

4 ulasan:

Ilya berkata...

mbah lum dengar aku nyanyi lagi.baru leh test kaunye cerewet tu kat aku.confirm pitching lari

alifmimyanun berkata...

kite yang dah terbiase menyanyi dan mementingkan kesempurnaan memang selere tinggi.

tapi kerane kesempurnaan dalam menyanyi itulah baru orang akan mendengar.

Rockstar berkata...

sama je mcm program realiti tv yg lain..

xsedap..

cth: faizal tahir...

Tanpa Nama berkata...

Salam.
jenuh gak menunggu kot-kot awak masuk,tapi xpula ye? :)

beza antara org yg berpengalaman dgn yang tidak...awak dah biasa dgn dunia nasyid kerana memang bergelumang dengan dunia ini sejak kecil,sedangkan saya: dengar je tau..heh.

apa pun,teruskan menulis! Allah yubarrik fiq!

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...