Ketika ini saya terpaksa mengakui satu perkara yang sering saya tidakkan. Saya mengaku yang saya sangat suka mengajar. Setelah bertahun-tahun saya menidakkannya, namun pada hari ini, saya tidak boleh menolak yang saya sangat suka mengajar.
Pengalaman bertugas di Pusat Bimbingan Akademik Mutiara selama lebih kurang dua bulan setengah benar-benar menyedarkan potensi diri saya.
Waktu sekolah
Menjadi guru tidak termasuk dalam cita-cita. Malah ketika itu langsung tiada minat mengajar. Malah boleh dikatakan langsung tiada cita-cita. Matlamat ketika itu hanya mahu menghabiskan pengajian dan melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Selepas SPM
Saya gagal ke IPTA. Jadi terpaksa menempuh 2 tahun lagi sebagai pelajar sekolah. Sepanjang 2 tahun sebagai pelajar tingkatan 6, saya boleh dikatakan “top student”. Jadi seringkali saya dijadikan tempat rujukan. Saya sangat berpuas hati dan gembira berkongsi ilmu dan membantu kawan-kawan yang sedikit tercicir dalam pelajaran. Bukan bangga sebab pandai, tetapi rasa GEMBIRA dan PUAS Hati kerana dapat membantu.
Selepas STPM
Entah macam mana, saya boleh terfikir memohon jawatan guru sandaran di sekolah rendah. Kebetulan arwah ayah merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, jadi permohonan saya diterima tanpa melalui sebarang temuduga. Bertugas sebagai seorang ‘USTAZ MUDA’ di sekolah yang baru di buka memang memenatkan.
Tanpa pengalaman mengajar, terpaksa mengajar pelajar tahun 2 dan tahun 3 subjek Pendidikan Islam. Dan saya merupakan satu-satunya ustaz yang bertugas di sekolah itu. Pada umur 20 tahun, saya rasa perkara itu agak mencabar
Ayah sangat gembira
Entah kenapa, jarang betul melihat ayah dalam mood yang begitu baik. Mungkin gembira yang saya mengikut jejak langkahnya menjadi guru. Ibu pun apa kurang nya.
“ada juga yang ikut jejak langkah ayah akhirnya……” itu dialog ibu.
Perasaan ketika itu…….2 bulan yang pertama, sangat-sangat tertekan. Tetapi selepas perasaan gembira memberi muncul. Saya gembira mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Mereka mula serasi…walaupun saya seorang ‘usatz yang garang’.
Tawaran ke IPTA
Saya ditawarkan tempat di Universiti Malaya…Mengikuti langkah ayah dan abang yang pernah menjadi pelajar UM. Cuma bidang pengajian yang berbeza. Ijazah Sarjana Muda Syariah. Bidang pendidikan tidak menjadi pilihan. Mulut ketika itu masih menyatakan “aku tak mahu mengajar dan jadi cikgu”......(sombong lagi masa tu....)
Habis pengajian
Walaupun agak lewat berbanding kawan-kawan lain, Alhamdulillah dapat juga menamatkan pengajian. Tercari-cari juga kerja. Akhirnya dapat juga kerja di PBAM. Sebelum bertugas di PBAM, saya sering juga terlibat dengan program motivasi pelajar-pelajar sekolah. Program yang terakhir adalah kem ibadah bersama politek di Melaka.
Sya sangat suka terlibat dengan program seperti itu kerana dapat memberikan khidmat dan berkongsi ilmu setakat yang terdaya. Perasaan memang puas dan gembira. Benar kata ustaz Hasrizal (saifulislam.com) ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Di PBAM
Pada mulanya saya hanya bertugas sebagai staf pentadbiran @ kerani sahaja. Tidak terlibat mengajar.
Nak dijadikan cerita, kebetulan pula ada guru yang berhenti/menarik diri. Subjek yang kosong adalah Bahasa Melayu tahun 5 dan sejarah Tingkatan 1&2. Sementara menunggu guru ganti, terpaksalah saya yang hijau menjadi bidan terjun. Setelah 4 tahun tinggalkan sekolah, akhirnya mengajar semula. Bezanya Cuma kali ini mengajar di Pusat Tuisyen.
Saya mengajar ikut cara sendiri….orang kata “main redah je”. Entah macam mana, pengetua berpuas hati dan tetaplah saya mengajar hingga hari ini. Dan saya amat gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang, walaupun gaji yang diperolehi cukup-ckup makan.
SEKARANG
Saya terpaksa menarik semula kata-kata “aku tak mahu jadi cikgu”. Kerana saya suka mengajar. Dan di sini, ruang untuk berdakwah terbuka luas. Pelajar-pelajar sekarang sangat kurang nilai-nilai agama dalam diri. Jadi saya lihat, itu antara sumbangan yang dapat saya berikan.
3 ulasan:
Alhamdulillah, ente ada kerja. Ingatkan masih tanam anggur. Nk juga ana paksa kamu balik johor.
Tak gitu cikgu poji?
gitulah.
mengajar ni kan sunnah nabi.
sape lagi yang ngajar kite sembahyang kalau bukan nabi ?
bile matinye kite nanti, cume 3 perkare saje yang akan menemani kite di kubur,
doa anak yang soleh,
amal yang soleh,
dan ilmu yang diajarkan..
haa gitulah lebih kurang..
mbah aku ade pasang niat nk jd pengajar
tapi takutlah anak murid berterabur kalau aku ajar
Catat Ulasan