Assalamualaikum...
Minta maaf kerana menyepi sekian lama...Lama juga rasa tak menulis dan update blog ni...
Tugas yang digalas sebagai staf pentadbiran (macam kerani la) Pusat Bimbingan Akademik Mutiara membuatkan diri saya sedikit huru hara dan tidak mempunyai kesempatan yang banyak untuk menulis. Hobi merakam suara juga ditinggalkan buat sementara. Lebih-lebih lagi ketiadaan kemudahan internet di rumah menyukarkan diri ini untuk "on-line" selalu.
Kerja baru
Saya seronok dengan kerja yang dilakukan sekarang ini walaupun agak memenatkan. Selain menjadi staf, terpaksa juga menjadi bidan terjun apabila tanpa disangka-sangka terpaksa mengambil alih subjek BM bagi kelas tahun 5 dan Sejarah tingkatan 1 dan 2. Akibatnya kelas pertama saya agak pening dan huru hara kerana telah lama meninggalkan profesion perguruan (kali terakhir mengajar di sekolah pada tahun 2003). Tetapi saya akan lakukan setakat yang terdaya.
Selain itu.....Ruang untuk berdakwah terbuka luas di situ dan agak mencabar juga. Memandangkan yang datang belajar di situ adalah "budak-budak bandar" dan majoriti mereka miskin nilai-nilai Islam walaupun memiliki nama melayu/Islam. Keadaan guru-gurunya juga hampir sama....(pening juga kepala ni)...Walau apa pun sahabat saya encik pedot dan saya cuba setakat yang terdaya untuk menarik mereka sedikit demi sedikit.
Pilihanraya
Walaupun sibuk bekerja, saya sempat juga pulang ke kampung halaman di Kluang, Johor untuk mengundi. Saya melihat mengundi ini sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Agak terkilan juga bila terdengar ada sahabat-sahabat yang tak mahu mengundi kerana malas nak campur bab politik.....Tapi bagi saya, kita perlu ambil tahu sedikit hal politik, kerana politik memberi implikasi yang besar pada kehidupan kita. Pemimpin-pemimpin yang dipilih dari proses pilihanraya ini yang akan mentadbir dan menentukan,melaksanakan dasar-dasar negara.
Jadi kepada yang tidak mengundi (tapi boleh mengundi), jangan sibuk-sibuk nak bising kalau tak setuju dengan ape yang kerajaan/pemimpin buat. Sebab bila ade peluang nak pangkah, tak nak pula memangkah.
Program motivasi
Sebelum bekerja di PBAM, saya selau juga terlibat dengan program motivasi remaja. kali terakhir saya menyertai program ini adalah pada Januari yang lalu. Program 4 hari tersebut adalah anjuran sebuah politeknik dgn kerjasama Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Negeri Sembilan. Kebetulan kawan saya Ustaz Hanif bertugas sebagai pegaai di sana, jadi saya dijemput menjadi fasilitator. Baru-baru ini jug saya mengikuti kawan saya Ustaz Fadly mengendalikan slot muhasabah diri di sebuah kem PLKN.
Masalah sosial yang sangat teruk pada hari ini sangat membimbangkan. Buktinya dapat saya lihat pada peserta program berkenaan. Rata-rata program yang saya pergi, pasti ada peserta yang mengaku telah terlanjur atau melakukan ZINA terutama dari kalangan peserta wanita. Amat sedih sekali melihat adik-adik kita yang masih lagi mentah ini melakukan kesilapan yang amat besar dan boleh menggelapkan masa depan mereka. Perkara seperti ini menjadi pengajaran yang amat besar bagi kami yang mengendalikan program tersebut supaya lebih bersungguh-sungguh untuk berdakwah pada masyarakat. Sekiranya kita tidak berhati-hati.....tak mustahil perkara ini berlaku pada keluarga kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan