Ahad, 13 Januari 2008

halal haram dalam sistem kewangan

Semalam saya baru sahaja selesai membaca buku Wang, Anda dan Islam , karangan Ustaz Zaharudin

Buku itu merangkumi sebahagian daripada apa yang saya pelajari di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sebagai umat Islam dan pelajar bidang Syariah, saya amat sedih kerana ramai di kalangan kita kurang mengendahkan tentang halal dan haram dalam urusan kewangan. Malah ramai juga di kalangan pelajar Pengajian Islam sendiri kurang mengambil berat tentang hal ini.

Ramai juga sahabat-sahabat saya sendiri yang kurang celik tentang kewangan Islam ini. Walhal ianya penting kerana melibatkan HALAL dan HARAM. Kalau dalam hal makanan ramai yang ambil peduli, tapi dalam hal kewangan?

Adakah anda tahu interest bank konvensional haram?
Adakah anda tahu insurans konvensional telah lama difatwakan haram?

Ramai di antara kita tidak tahu. Dan menggunakan alasan tidak tahu sebagai alasan untuk terus terlibat dengan riba di bank.

Agak sukar untuk mengubah minda masyarakat. Rata-rata tak mahu ambil tahu dan tiada usaha untuk mencari maklumat sendiri. Walhal perkara ini berkaitan dengan hidup, bukan sahaja di dunia tapi hidup di akhirat.
Bila diberitahu, tak percaya pula...Lebih suka berada di dalam zon selesa.

Nasihat saya....Tolong ambil tahu tentang halal haram ini. Halal dan Haram bukan pada makanan sahaja.
Kepada sahabat sekalian, kita dah dewasa dan tahu menilai sendiri. Malah ada juga dikalangan kita yang sudah berkeluarga. Sanggupkan menyara diri dan keluarga dengan hasil usaha yang syubhah dan terlibat dengan riba?
Memang sukar untuk berubah dengan drastik, namun yang penting kita perlu usahakan sedikit demi sedikit untuk membebaskan diri dari sistem riba ini.

Manfaatkan orang disekeliling anda untuk bertanya. Jangan segan bertanya, kerana hal ini melibatkan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Namun pada siapa yang tidak yakin dengan akhirat...Teruskan berada dalam 'zon selesa'.
Jangan menyesal di kemudian hari.

4 ulasan:

zaini berkata...

poji bg contoh bank2 yg ada interest bank konvensional & cth2 insurans konvensional ?

bagaimana jika seseorg tuh simpan duit dlm bank tersebut dn ms isi borang simpanan die mndaftarkan sbgai perbankan islam??

apa pendapat hang tentang bank islam dan tabung haji??

adakah mereka melaburkan duit simpanan kita dijalan yg halal??

zaini berkata...

poji boley bgtau contoh2 pelaburan yg haram dan halal dimalaysia??

fauzi berkata...

secara umumnya
perbankan islam di Malaysia diawasi oleh penasihat syariah bank masing-masing.

tugas mereka kena lihat seluruh transaksi perbankan Islam yang dibuat tidak melanggar syariat.
boleh semak di web bank masing-masing
ada diantaranya yang teridir daripada ahli akademik di Universiti

fauzi berkata...

kita masih banyak lagi terbelenggu dgn riba.
jadi mmg berat nak buat perubahan.

Insurans konvensional difatwakan tidak menepati konsep Syariah. Jadi alternatif bagi insurans adalah Takaful. Banyak syarikat takaful yang wujud di Malaysia.

Interest bank adlah sepakat ulama hukumnya adalah riba. Interest wujud di kebanyakan perbankan konvensional contohnya pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, akaun simpanan tetap, akaun pelaburan, urusniaga forex dan banyak lagi.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...