Jumaat, 22 Julai 2011

Tambah ilmu solat.




Ramai antara kita yang memasang cita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mahu sambung belajar, mahu tambah ilmu pengetahuan.

Tapi berapa ramai antara kita yang terfikir mahu tambah ilmu tentang ibadah solat yang kita lakukan seharian?

Rasa sudah mencukupi

Ramai di kalangan kita merasakan ilmu kita tentang solat sudah mencukupi. Jika semasa kita di sekolah kita belajar tentang solat, adakah selepas 10 atau 20 tahun ilmu kita tentang solat setakat ilmu yang kita pelajari semasa sekolah? Tidak mahu 'upgrade' ilmu solat? Adakah kita merasakan ilmu itu sudah mencukupi?

Ilmu tentang komputer kita perlu selalu 'upgrade' kerana perubahan berlaku dengan pantas dan komputer digunakan dan semakin penting dalam kehidupan seharian. Solat juga kita lakukan seharian, rasanya kurang elok jika kita biarkan ilmu tentang solat kita yang semakin berumur ini sama dengan pelajar berumur 12 tahun.

Apa yang perlu di 'upgrade'?

Ada banyak perkara yang boleh kita baiki. Antaranya menyemak gerakan solat sehinggalah bacaan dengan sebutan yang betul dan bertajwid. Disarankan untuk permulaan, boleh dibetulkan bacaan, terutama bagi lelaki yang pasti akan menjadi ketua keluarga. Malu kalau bacaan kita anak kecil yang tegur.

Diperingkat yang lebih, mungkin kita boleh menyemak gerakan atau solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sering kita dengar orang menyebut hadith Rasulullah yang bermaksud "solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat". Mari kita lanjutkan lagi dengan melihat banyak lagi hadith tentang gerakan dan bacaan Rasulullah s.a.w.

Bagaimana?

Ada banyak cara untuk kita tambah ilmu tentang solat. Ada banyak buku berkaitan dengan solat yang ditulis dan disusun oleh ilmuan Islam yang berkaliber. Antara buku yang di syorkan ialah:





dan banyak lagi buku lain yang ada di pasaran. Beli dan baca, serta perlu bertanya kepada mereka yang lebih tahu. Lebih molek lagi jika kita minta orang yang lebih berilmu untuk melihat dan menilai pergerakan solat kita.

Jadi sama-sama kita berusaha untuk menambah ilmu tentang solat kita. Kalau hal berkaitan dengan dunia kita cuba berhabisan buat yang terbaik, apa salahnya perkara yang memang wajib kita lakukan setiap hari ini kita usaha yang terbaik untuk memperelokkannya lagi.....Sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan solat kita tidak diterima Allah............

** jika sebelum ini kita beribadah dengan cara bertaqlid (mengikut) ajaran daripada guru kita, tidak salah jika kita usaha untuk mengetahui asas dan dalil ibadat yang kita lakukan. Melakukan ibadat beserta dengan ilmu lebih baik daripada mengikut tanpa ada ilmu. Kita akan lebih yakin dengan ibadah yang kita lakukan.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...