Anda pergi masjid pada malam nisfu Syaaban?
Apaitu Nisfu Syaaban? Ringkasnya Nisfu Syaaban itu adalah separuh atau setengah bulan daripada bulan Syaaban. Boleh lihat bulan mengambang cantik malam itu.
Kebiasaannya di Malaysia, majoriti masjid dan surau akan mengadakan bacaan Surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Malah ada juga yang mengadakan solat sunat Nisfu Syaaban berjemaah.
Itu isu yang mahu disentuh kali ini.
Melihat kepada perkara ini yang berlaku sekian lama di Malaysia, perkara itu sudah menjadi ritual atau kewajipan. Malam nisfu Syaaban mesti baca Surah Yaasin 3 kali. Mesti solat sunat nisfu Syaaban.
Mahu dijelaskan di sini, membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban itu tidaklah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Itu bukan sunnah baginda. Tiada juga hadith daripada baginda yang menyebut tentang bacaan Yaasin pada malam nisfu Syaaban itu.
Jadi salahkah bacaan Yaasin pada malam nisfu Syaaban?
Tiadalah menjadi kesalahan membaca surah Yaasin pada malam tersebut. Bacalah sebanyak mana pun yang kita mahu.
CUMA, jangan disabitkan dengan sunnah Rasulullah s.a.w, niatkan sahaja untuk kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Bukan niat membaca Yaasin sempena malam nisfu Syaaban.
Bacaan sebanyak 3 kali itu pula, seeloknya bacalah dengan bertajwid. Perkara yang menjadi masalah ialah, apabila membaca sebanyak 3 kali surah Yaasin itu, dibacanya dengan kelajuan yang maksimum (mungkin merempit lebih 120km sejam). Jadi apabila membaca dengan laju dan tergopoh gapah (mungkin kerana mahu cepat habis mengejar waktu Isya'), pasti banyaklah salahnya. Tajwidnya tunggang langgang, sebutan pun salah, makhraj apetah lagi. Silap-silap wakaf/berhenti pun tak betul. Maka bacaan seperti itu banyak mengundang salah dan dosa daripada pahala.
Apalah salahnya dibaca satu kali sahaja, tetapi dengan sebutan dan tajwid yang betul. Barulah datangnya barakah dan pahala. Kalau baca laju sampai dilihat baca jampi mentera bomoh siam, ape nak jadi? Dapat pahala?
Solat sunat nisfu syaaban
Ini menjadi satu lagi isu. Solat sunat ini tidak diamalkan di lain-lain tempat. Ulama 4 mazhab utama juga tidak pernah menyentuh atau menyebut tentang solat sunat nisfu Syaaban. Tiada juga hadith tentang solat sunat nisfu Syaaban. Kalau ada pun hadith maudhu' (palsu).
Jadi bolehlah dikatakan menunaikan SOLAT SUNAT NISFU SYAABAN itu adalah perkara BIDAAH yang perlu kita jauhi sama sekali.
Jadi tidak boleh baca Yaasin dan beramal ibadah pada malam nisfu Syaaban?
Hadith yang bersabit dengan nisfu Syaaban ini memang ada (sila buat carian anda sendiri). Ringkasnya hadith tersebut menyatakan Rasulullah s.a.w melakukan Qiamullail (solat malam) pada malam tersebut.
Tiada masalah mahu membaca Yaasin atau apa sahaja surah pada malam nisfu Syaaban itu. Bacalah! Mahu khatam al-Quran pun bagus. Cuma perlulah kita baca dengan tertib, bukan seperti senario bacaan Yaasin 3 kali terkejar-terkejar yang selalu terjadi di Malaysia ini.
Boleh kita solat sunat. Mahu solat sunat taubat, solat sunat tahajud, solat sunat hajat, buatlah! Tapi bukan SOLAT SUNAT NISFU SYAABAN! Perkara itu tidak ada dan tidak wujud. Tidak tahulah siapa yang memulakannya.
Tak percaya, boleh cari di google. Atau tanya sahaja pada ustaz yang diyakini kefakihannya.
Masyarakat kita hari ini perlu berubah dan menilai kembali ibadah harian yang kita lakukan. Seringkali mulut kita berbicara mahu ikut sunnah Rasulullah, namun hakikatnya banyak perkara yang kita lakuklan jauh tersasar daripada sunnah Baginda.
** Sebelum ini, pandangan beberapa orang ilmuan Islam dan ustaz telah pun saya tanya berkenaan nisfu Syaaban ini.
* ini belum lagi masuk bab Yaasin malam Jumaat..
1 ulasan:
Puak wahabi ni lepas smyang depa bkn mau wirid..walaupun bkn sunnah tp better kita puji Allah dan nabi drpd lepas salam kita smbang2 kosong.....lepas tu ceramah dok condemn orang..
Catat Ulasan