Rabu, 13 Julai 2011

Sokong pembangkang salah?

PERINGATAN
*** Sebagaimana saye hormat prinsip orang, sila hormati prinsip saye juge. eden hormat kau sokong XX, ekau pun kena hormat pandangan den sokong XX.

Tak suko baco artikel ni, sila telan Alt + F4. Eden tak jomput datang, jangan buat sepah kek rumah den.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada satu persepsi yang agak jelik bagi rakyat Malaysia. Tidak kira kaum apa sekalipun.

Sekiranya parti yang memenangi pilihanraya umum menang dan menjadi parti pemerintah, maka golongan yang tidak menyokong parti itu atau lebih dikenali sebagai pembangkang akan dipandang sebagai pihak yang salah (termasuk sebahagian besar penyokong parti itu).

Ini kenyataan. Bukan cakap-cakap kosong. Bukti?

Boleh cari dan lihat sendiri. Bagaimana laporan media massa yang berat sebelah.

Bagaimana banyaknya berita di internet.

Bagaimana BODOHNYA tv dan suratkhabar menyiarkan gambar superimpose dan memberikan laopran salah.

Bagaimana TV memberikan berita yang menipu, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Dan banyak lagi.........tinggal mahu cari atau tidak.

Apa masalahnya wujud pembangkang di Malaysia? JIJIK benarkah pembangkang?

Salahkah penjawat awam menyokong perti Pembangkang?

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Kerajaan demokrasi adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat bebas meilih pemerintah yang disukainya. Jika rakyat sudah tidak suka kepada pemerintah sekarang, rakyat boleh menukar kerajaan! Ini demokrasi. Dalam demokrasi, rakyat diutamakan dan mendapat keuntungan.

Penjawat awam pun sebahagian daripada rakyat Malaysia. Jadi berdosakah jika seorang PTD tidak menyokong parti pemerintah yang menjadi majikannya ketika ini?

Penjawat awam itu bukan rakyat Malaysia?
Guru bukan rakyat Malaysia?
Tentera bukan rakyat Malaysia?

Pemaksaan dan penekanan kepada rakyat untuk menyokong parti memerintah akan menyesakkan dada dan membuatkan orang lebih memberontak di dalam, walaupun di luar tidak begitu.

Sikap tidak peduli kepada politik pula adalah satu sikap yang sangat jelas tidak betul. Kerana apa? Kerana kita ini sebahagian daripada politik. Betulkan "mindset", lihat politik ini dari perspektif hablum minan naas (hubungan dengan manusia) untuk mencari keredhaan Allah. Bukan bermaksud kita perlu membabitkan diri dalam politik, tetapi kita perlu juga ambil tahu hal sekeliling. Politik ini juga akan mencorakkan dasar negara yang akan kita lalui dan jalankan dalam kehidupan seharian.

Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi, saya tidak boleh menerima sama sekali jika orang memaksa dan mengugut supaya saya memangkah parti XX dalam pilihanraya. Kerana apa? Kerana hak mengundi itu terpulang kepada saya. Saya juga tidak berhak memaksa mana-mana orang, termasuklah keluarga atau isteri saya, atau anak saya sekalipun untuk mengundi parti pilihan saya dalam pilihanraya.

Alasan yang selalu....

" kau belajar kat sekolah kerajaan, dapat biasiswa kerajaan. kerja pun dengan kerajaan. tapi tak memasal sokong pembangkang. tak kenang budi!"

" kerajaan dah susah-susah tolong kau, kau tak sokong pulak!"

" pembangunan macam-macam kerajaan dah buat. kau nak apa lagi. Malaysia dah aman mcm ni pun tak syukur!"

"sokong pembangkang sangat, berenti la jadi cikgu sekolah kerajaan!"

Alasan ini selalu diberikan oleh ramai penyokong XX..,Tak kira tua atau muda.

parti pemerintah cuma memegang amanah sementara. Kerajaan itu bukan hak mutlak parti itu. Saya ulang, BUKAN HAK MUTLAK. CUMA MEMEGANG AMANAH MENTADBIR NEGARA!

Mana-mana kerajaan didunia ini WAJIB menyediakan kemudahan untuk rakyatnya termasuklah pendidikan. Duit biasiswa yang dibayar itu merupakan duit kerajaan MALAYSIA, sebahagiannya hasil pungutan cukai daripada RAKYAT Malaysia. bukan duit PARTI. BUKAN DUIT PARTI. FAHAM??? Penjawat awam juga dibayar gajinya menggunakan duit KERAJAAN, bukan duit PARTI XX. Faham?

Kalau tukar parti pemerintah pun, kerajaan tetap di panggil kerajaan Malaysia. Semua tanggungjawab yang dijalankan sebelum ini, perlu diteruskan termasuklah pendidikan. Penjawat awam tetap dibayar seperti biasa menggunakan DUIT KERAJAAN.

Jangan ungkit hal kerajaan dah buat macam-macam. Itu memang tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh kerajaan. Kalau selalu ungkit-ungkit macam ni, nampak jelas tak ikhlas kerja yang dijalankan. Kalau tak sanggup, turun, bagi orang lain naik memerintah. Tak kira parti mana yang naik nanti pun, tanggungjawab sebagai kerajaan perlu dijalankan, TANPA ADA PAKSAAN KEPADA RAKYAT BAWAHANNYA (TERMASUK PENJAWAT AWAM) UNTUK TIDAK MENYOKONG PEMBANGKANG DAN MENGUNDI PARTI PEMERINTAH DALAM PILIHANRAYA.

Kalau nak sangat orang tak sokong pembangkang, gubal undang-undang satu perti sahaja yang memerintah! Habis cerita. Macam ape yang jadi contohnya di Mesir dengan Iraq. Tapi bila tukar begitu, tak jadi demokrasi lagi lah....Kemudian tunggu pula rakyat keluar ramai-ramai memberontak macam di Mesir...

Ya, kerajaan sudah membangunkan Malaysia pada hari ini. Alhamdulillah, namun tersangat banyak penyelewengan yang sudah menjadi "public secret". Dapat lihat jelas bagaimana mewahnya pemimpin dan rakyat biasa semakin tertekan dengan hidup.



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...