Ahad, 10 Julai 2011

Pengaruh gelaran USTAZ




Pangkat atau gelaran yang baik-baik memang boleh mempengaruhi orang ramai. Dalam masyarakat , gelaran USTAZ contohnya adalah satu gelaran yang dihormati. Insan yang digelar dan dipanggil oleh orang ramai ini umumnya mempunyai perwatakan yang baik. Ya, orang akan mengatakan dia orang yang BAIK. Pakaiannya juga sopan. Tu
tur katanya sopan dan berhemat. Akhlaknya baik. Pandangan
dan nasihatnya ditagih dan menjadi ikutan orang. Dal
am erti kata lain, kata-kata dan nasihat ustaz memang laku dan orang guna pakai.

Itu secara umumnya insan yang digelar ustaz. (pada pandangan saye...tak tahulah pandangan orang lain)

Walaupun mungkin seseorang itu merasakan dirinya tidak layak digelar ustaz (contohnye sayelah...) tetapi apabila orang sekelilingnya memanggilnya dengan gelaran itu, maka semacam ada satu penghormatan yang diberikan kepada orang itu kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Walaupun sesetengah orang yang dipanggil ustaz ini ilmunya tidaklah hebat dan mendalam (macam saye juga....) tetapi orang ramai akan be
rpandangan ustaz ini alim dan ilmu agamnya baik dan lebih berbanding yang bukan ustaz.
Oleh itu, amatlah berbahaya sekiranya golongan yang dipanggil ustaz ini tersilap dalam memberikan pandangan atau nasihatnya. Mengapa? Sebab pandangannya menjadi ikutan orang ramai.

Ajaran sesat mempunyai ramai pengikut kerana kebanyakan pengasasnya berperwatakan alim seperti seorang ustaz (ayah pin tu, den tak tau la nak cakap.....takde gaye ustat pun). Jadi dia menggunakan pengaruhnya itu untuk menyebarkan ajaran salahnya. Mereka yang kurang ilmunya memang mudah terpengaruh.

Itu contoh bagi ajarran sesat. Bagaimana pula jika seorang ustaz tersilap memberi pandangan dalam hal muamalah, ibadat, atau fiqh? Boleh huru-hara jadinya.



"ustaz Pauji tu kata insurans yang aku ambik ni halal, kau pandai-pandai je kata haran."

" aku melabur dalam unit trust xxxxxx. Ustat Pozi kate bukan perbankan islam pun halal la!"

" aku guna duit interest ni sebab Ustat Fuzi kata interest ni halal. Bukan haram pun!"

Itu antara contoh-contoh ayat yang menjadikan ustat sebagai sandaran dan pembenar perbuatan yang dilakukan. Hakikatnya perkara ini benar-benar berlaku.

Jadi kepada insan yang digelar ustaz, walaupun merasakan dirinya tidak layak (seperti saye ini), kamu perlu berhati-hati mengeluarkan pandangan, walaupun dengan orang yang terdekat. Orang pandang tinggi pada ustaz. Jadi jangan dirosakkan gelaran itu dengan pandangan yang mengarut dan tiada asasnya.

Satu contoh seorang ustaz tersilap memberikan pandangan.

Ustaz ini memang terkenal dengan ceramahnya. Kalau disebut namanya, orang pasti kenal. Beliau juga merupakan bekas pensyarah IPTA di ibu negara dalam hal undang-undang. Ramai yang orang yang menghormatinya dan menjadikan nasihatnya sebagai panduan.

Satu hari, beliau menyampaikan ceramahnya. Beliau dalam ceramahnya memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan seorang mufti di salah sebuah negeri di Malaysia. Terkeluar daripada mulutnya " XXXX bapak setan!". Video ini tersebar luas di Youxxxx.

Pandangan orang yang berilmu, adalah tidak wajar mengatakan seorang mufti dengan gelaran sedemikian, walaupun mungkin mufti itu ada melakukan kesilapan. Mereka yang cerdik boleh menilai akhlak ustaz tersebut. Pada pandangan mata sye yang bukan ustaz ini, kredibilitinya sebagai ustaz jatuh kerana menghina dan mencerca orang sebegitu rupa. Cercaan nya itu pula adalah terhadap tindakan/fikiran mufti itu yang tidak dibuktikan pun kesilapan/kemungkaran yang dilakukan. Astaghfirullah....Moga beliau sedar akan kesilapannya.

Satu hari lagi, setelah beberapa tahun, ustaz ini telah ditemuramah oleh sebuah majalah bisnes. Wartawan majalah ini bertanyakan ustaz itu tentang hukum MLM atau Multilevel Marketing. Umum mengetahui beliau bukanlah seorang pakar dalam bidang muamalat. Beliau ahli dalam bidang perundangan.

Walaubagaimanapun, beliau memberikan padangannya dan menghalalkan sistem MLM ini. Walhal, sistem MLM ini masih hangat diperdebatkan dan kebanyakan hasil penyelidikan dan kertas kerja lebih menyatakan sistem MLM ini sebagai gharar dan fasid. Ini termasuk pandangan ulama terkemuka Dr Wahbah Zuhaily yang menyatakan sistem MLM yang diguna di Malaysia ini adalah FASID.

Lebih mendukacitakan lagi, perbandingan yang diberikan dalam wawancaranya bersama majalah itu sangatlah dangkal dan mampu di sanggah menggunakan akal oleh orang ramai. Beliau menyamakan sistem MLM ini dengan ganjaran pahala mengajarkan ilmu kepada orang ramai. Jika orang yang mendapat ilmu daripada kita itu mengajarkan ilmu kepada orang lain, kita juga akan mendapat ganjarannya. Pada pandangan saya (yang tidak layak menjadi ustaz ini) perbandingan ini akan dicampak ke dalam bakul sampah jika dimasukkan dalam kajian tesis atau kertas projek.

Malangnya, pandangannya itu mempengaruhi ramai orang. Ramai orang menjadikannya hujjahnya dalam majalah itu sebagai sandaran! Malah mempertahankan pandangan beliau jika ada yang bersuara dan menyanggah. Walhal pendangannya tidak masuk akal jika diteliti oleh pakar dalam bidang muamalat.


Jadi kepada ustaz-ustaz sekalian, berhati-hati memberikan pandangan. Tidak salah mengatakan kita tidak tahu dan tidak boleh menjawab satu persoalan yang diutarakan. Mengatakan tidak tahu lebih baik daripada memberikan pandangan yang boleh mengelirukan orang ramai. Jika anda ragu-ragu dengan jawapan anda, anda boleh mengatakan ini adalah pandangan peribadi anda.

Malah berhadapan dengan soalan yang anda tidak tahu jawapannya itu adalah satu peluang anda untuk menambahkan ilmu dengan cara merujuk kepada orang yang lebih ilmunya.



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...