Pertengahan bulan selalunya menjadi saat-saat getir bagi rakyat marhaen seperti diri ini. Lantaran pendapatan ketika ini yang ala kadar (alhamdulillah, rezeki Allah), agihan pendapatan dan perbelanjaan perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Sifat boros atau joli katak yang pernah sesekali melanda dulu perlu dibuang jauh-jauh. Berbelanja apa yang perlu dan utamakan perkara yang lebih utama.
Tambahan pula simpanan udah kering lantaran saman dan insurans kereta bulan lalu. Terima kasih JPJ kerana menghadiahkan saman berjumlah RM600 kepada diriku.
Segala macam niat untuk menambahkan aksesori hobiku (ketuk-ketuk perkusi) ditangguhkan hingga kewangan benar-benar stabil. Maklumlah nak membeli satu set conga bukan seperti beli keropok Super Ring di Pasaraya Chuan Aik. Lampin anak, susu anak, pakaian anak dan belanja buat isteri lebih mulia daripada hobi. Jadi utamakan yang yang utama. Bersabar. Jadi suami kena bijak dan sabar.
Sedang terkial-kial memikirkan kelangsungan hidup hingga hujung bulan ini, teringat syiling-syiling kecil yang dipungut dan disimpan. Kira punya kira, lepas belanja sikit-sikit nak pergi kerja.
Yang sedikit itu ada gunanya. Banyak takkan wujud jika tiada yang sedikit. RM10 takkan cukup jika syiling yang dikumpul tak cukup walaupun 5 sen (duit 1 sen dah tak dugunakan)
Tabiat menyimpan duit syiling yang kecil itu setiap hari ada gunanya. Biasanya wang baki (syiling) daripada berbelanja akan disimpan dalam bekas. Gunanya adalah apabila tiba saat-saat kritikal seperti ini.
Pengajaran :
1. Elakkan diri daripada disaman. Buta-buta sedekah duit pada kerajaan. Baik bagi sedekah pada asnaf zakat.
2. Jangan sepah-sepah duit syiling. Kalau rasa dah kaya tak nak duit syiling, sila hubungi 0127682615. Saya sudi menerimanya.
3. Sabar dengan ujian. Jangan merungut tak memasal. Nanti Allah bagi lagi teruk baru padan muka.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Sabtu, 18 Jun 2011
Yang sedikit itu ada gunanya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan