Jumaat, 18 Februari 2011

Buang sampah luar kereta..


Seorang kanak-kanak makan gula-gula dalam kereta.

"Kakak bukak tingkap kejap. Nak buat kulit gula-gula" "ha cepat buang !" kata kakak.

Anda sebagai seorang dewasa, rasanya patut atau tidak ye?

Tak patut? Betul ke....

"Jangan buang sampah luar kereta" kata cikgu. "Tapi ayah dengan abang kite pun buang kat luar je cikgu. Die kate boleh."

Sampah melonggok merata-rata di sepanjang jalan di Malaysia. Dalam tak sedar, mungkin kita juga menjadi penyumbang yang aktif. Walaupun cuma secebis sampul gula-gula yang kecil.

Ala...bukan banyak pun, sikit je. Tak luak pun...

Memang lingkup Malaysia kalau semua orang di dunia fikir begitu.

Bagi yang fikir begitu, rasa elok anda benarkan orang ramai buang sampah gula-gula yang kecil di rumah anda. Setiap hari, tak kira siang atau malam. Kita tengok luak atau tidak sampah gula-gula yang kecil itu.

Apalah salahnya sediakan satu beg plastik kecil untuk dibuang sampah 'jajan' yang dimakan sepanjang perjalanan. Sampai tempat yang dituju, buang ke dalam tong sampah. Selesai.


Jadi bagi anda yang sudah besar panjang, anda buang sampah di luar kenderaan?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...