Selasa, 18 Januari 2011

Keluar dari zon selesa


Sesekali kita perlu keluar dari zon selesa kita. Keluar dari zon selesa menjanjikan cabaran yang baru buat kita dan pastinya menduga kesabaran dan ketahanan diri.

Keluar dari zon selesa pastinya tidak selesa tetapi perlu. Perlu untuk meningkatkan kebolehan diri. Jika selamanya berada dalam zon selesa, kita akan hanyut dan kebolehan kita untuk berkembang amat tipis.

Ya, sekarang saya sudah di dalam zon selesa.

Walaupun pendapatan tidak seberapa, namun perasaan rasa senang sekali bekerja di situ.

Saya selesa bekerja ditempat yang sama, selesa dengan persekitaran yang baik itu Alhamdulillah. Namun kadang-kadang keselesaan itu menjadikan saya bekerja sambil lewa (Astaghfirullah...). Contohnya lewat datang kerja, lewat masuk kelas, kerja lambat siap, banyak 'mengeteh' (tahu mengeteh?) dan macam-macam lagi. (Dahsyat betul perangai diriku ini..)

Bukan bermaksud tempat kerja kini tidak baik (na'uzubillah).

Pertukaran kerja di tempat yang baru pastinya menjanjikan cabaran yang lebih.
Semestinya!! Semuanya serba-serbi baru...Persekitaran baru, kawan baru, bos baru, dan macam-macam lagi yang baru. (isteri tak boleh baru...sensitif hehe)

Dahulu berdepan 20 pelajar dalam satu kelas. Di tempat baru hampir 40 pelajar. Perangainya tak tahulah macam mana. Soal gaji, bayaran lebih rendah berbanding sekarang. Dengan keadaan diri yang baru berkeluarga dan bakal menjadi ayah, banyak kos-kos yang terlibat sama dan pastinya bukan sedikit.
Cuma kelebihannya berada di negeri kelahiran sendiri dan dekat dengan keluarga.

Apa pun setiap pekerjaan perlu dilakukan sebaik mungkin. Itu tuntutan Islam. InsyaAllah ada kesenangan yang menanti di sebalik kesusahan yang kita lalui. Yang penting niat bekerja perlu diikhlaskan, untuk mencari rezeki yang halal, untuk mencari keredhaan Allah.

Semoga perpindahan kali ini memberikan kebaikan bukan saja pada diri dan keluarga, tetapi pada masyarakat.


Kepada IISKD, terima kasih atas pengalaman yang diberikan selama hampir dua tahun. Semoga mendapat pengganti yang jauh lebih baik dari diri yang penuh dengan kerenah ini. Allah jua yang mampu membalasnya. Moga usaha kalian terus diberkati Allah dan insyaAllah menjadi sekolah Islam yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Pelajar sentiasa digalakkan solat berjemaah

Saya mengundur diri menjadi kakitangan awam, menghadapi Sekolah Kebangsaan yang penuh dengan warna-warni kehidupan di dalamnya.

Semoga usaha ini mendapat redha Allah....

1 ulasan:

aniz berkata...

dapat ngajar kat mana?kluang ae..?syukurla.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...